Thursday, December 28

selamat hari lahir abah !

yang ke berapa yek?
hehe..

muda lagi abah aku ni..
kahwin pun muda..
mak lagi la muda..
hehe..

asked my sister
to buy abah minyak wangi
gave her some money
suruh beli yang branded sikit
alih-alih.. dia beli body shop la plak..
isskhhhh.. nak kena budak sorang ni..
hehehe

apapun
selamat hari lahir, bah !
semoga panjang umur
dan dimurahkan rezeki

Thursday, December 21

cuti sekolah

musim cuti sekolah.. masa time tahuan 80an dulu
kalau cuti hujung tahun tu
was about 11 weeks tak salah aku..

pergghhhhhh...

last day sekolah sebelum cuti tu
surely sekolah ada buat macam gathering
semua pelajar bawak pot-luck
makanan/kuih from rumah.. sorang sikit..

then... bawak ke kelas.. atur meja..
susun la makanan/kuih tadi tu atas meja..
nampak banyak betull..
kiranya.. farewell party la..

ye la kan.. nak 'berpisah' lama ni..
11 minggu.. hehe..

tapi.. yang sedih dan memang sayu..
adalah untuk kelas-kelas darjah enam..

well.. masuk tahun baru nanti
nak masuk Tingkatan Satu
nak masuk Sekolah Menengah
nak kena pakai baju sekolah warna lain
nak ke sekolah lain..
nak jumpa cikgu-cikgu lain lak..
nak jumpa kawan-kawan baru dan lain lak..

dan yang paling sedih..
adalah berpisah dengan kawan-kawan
sejak dari umur 7 tahun hingga ke 12 tahun
itulah kawan ketawa gembira, sedih berduka
dari zaman budak hingusan hingga akhil baligh..
hehehe...

kalau nak ingat-ingat semula..
aku boleh terbayang lagi iras wajah dan muka
beberapa orang kawan-kawan sekolah rendah aku tu
yang kami betul-betul sahabat baik..
rakan sekelas, sepasukan, sekawasan,
seterjunan lombong, selumbaan basikal..
hehehe..

cerita pasal farewell party tadi..
pelbagai kuih-muih dan jenis makanan ada..
dan aku selalu teringat yang abah aku selalu 'usik'
dia kata... 'ni kuih ni.. bukan untuk kawan makan,
tapi cikgu yang nak rasa..'
hehe..

apapun..
memang kita budak sekolah ni..
bawak juadah tu nak tunjuk pada cikgu
dan sebab cikgu 'suruh' ye gak.. hehe
especially.. kalau party yang time Hari Guru

semua pelajar..
macam nak tunjuk and bagi cikgu-cikgu kesayangan dia
makan kuih or juadah yang dia bawak..

ada tu yang bawak yang mak dia masak..
ada tu yang sebut kata pada cikgu lelaki;
'yang ni kakak saya buat cikgu..'
hehe... kecik-kecik dah pandai 'politik' yek..

lepas je cuti sekolah berminggu-minggu tu
time nak masuk sekolah balik, lepas cuti tahun baru
rasanya.. semua orang dah tak macam orang..
heheh.. ye la kan.. cuti kan main punya panjang

and selalunya.. ada diberikan keje sekolah
untuk dibuat dan diselesaikan masa cuti
kononnya mengisi kelapangan.. kekekeke
tapinya... lapang memang lapang..
padang bola tu yang lagi lapang...
kerja rumah tu akan dibuat time last minute jugak..

apapun.. time cuti sekolah..
memang time yang paling best dalam dunia..

entah di manakah kawan-kawan lama aku tu
entah di manalah cikgu-cikgu lama aku tu
entah apakah khabar mereka?

terima kasih sahabat.. terima kasih cikgu..

Friday, October 20

malam raya

kalau kat kampung
aku ngan sedara dan geng
surely pulun mercun dan bunga api

Peah.. anak Pak Long
yang paling banyak mercun
mana tak.. anak tokeh kedai runcit
yang jual mercun segala jenis
hehe..

meriam buluh lak
Ibun yang selalu buat dan main
kami tumpang isi karbaid and cucuh je

sebelum tu
nenek suruh kejar ayam malam tu
tolong jaga api masak ketupat
tambah air ke periuk masak ketupat tu

pendek kata.. malam raya..
memang meriah kalau kat kampung
riuh dan kecoh sampai ke paginya

ye la kan..
persediaan masak untuk beraya pun ye
sedara mara balik dari tah ceruh mana
dah berkumpul dalam satu rumah pun ye gak

macam-macam cerita..
macam-macam kenangan
macam-macam lawak..

kami budak-budak.. tumpang dengar je le
nak menyampuk.. mana boleh.. pantang oiii..

apapun.. keluarga kami.. keluarga abah
adalah yang paling selalu diraikan
sebab.. tak silap aku..
dalam ramai-ramai adik-beradik abah
pada zaman aku kecik tu..
abah sorang je yang duduk KL..
abah sorang je yang kiranya berjaya di KL
kami je.. keluarga bandar..

jadinya.. bila orang bandar.. orang KL balik
orang kampung.. pada zaman tu
sure akan raikan..
sure nak dengar cerita orang KL
sure akan dengar nasihat abah..
adik-adik perempuan abah especially
makcik-makcik aku la kiranya..

Cik Sarah, Cik Lumah, Cik Misah ni
dulu.. masa diaorang ni anak dara
kalau malam raya tu.. memang kecoh
penuh ngan gelak ketawa je
ada je lawak diaorang ni
aku suka 'join' diaorang
aku suka tolong diaorang
diaorang akan ajar aku macam-macam
buat, masak dan jaga ketupat contohnya

tapinya..
even sampai sekarang pun
makcik-makcik aku ni dah bekeluarga sendiri
ada anak-anak sendiri ni
kalau diaorang balik beraya..
kalau ada bertiga ni semua sekali
sure akan kecoh jugak..
masih penuh gelak dan cerita

orang dulu..kalau kat kampung
start masak atau jerang
(dalam bahasa banjar) ketupat tu..
lepas pengumuman raya kat radio / tv

kalau raya jadi.. (esoknya raya)
kelam kabut le semua..
kalau raya tak jadi.. (lusa baru raya)
ok la.. tak kelam kabut sangat..

hehe..

Wednesday, October 18

bila raya

bila sebut hari raya
maknanya tamat la sebulan berpuasa
syukur.. alhamdulillah..

selalunya.. kalau hari raya
kalau masa aku kecik dulu
kami sekeluarga pasti balik kampung
naik bas atau naik motor
tak macam sekarang, semua naik kereta

more often than not
raya pertama, mesti kat kampung abah
dan nasib baik gak..
mak ngan abah.. kampung sebelah-sebelah je

jadinya..
takde la kami ni 'bergaduh'
nak balik kampung mana dulu
tak macam keluarga orang lain tu
tak tau la camna mereka handle
kami cuma boleh bayangkan je
apa yang mereka rasa dan lalui
hehe..

kampung kami pun tak jauh dari KL
jadinya.. takde la kami tempuh 'seksa'
nak beli tiket bas awal ke
atau masalah tiket dah abis ke
untuk balik ke kampung
untuk balik beraya..

kami selalu terfikir bertuah
tapi, kesian kat mereka yang tergolong
dan melalui perkara-perkara tadi tu..

kampung abah - Kampung Parit Mahang
kampung mak - Kampung Bukit Kuching
sebelah je.. both in daerah Jeram, Kuala Selangor

dari kecik lagi.. tapi aku tak ingat bila startnya..
bila tiba hari raya je.. pagi tu.. or dari malamnya tu..
antara makanan raya yang aku mesti cari
adalah ketupat /nasi impit..
dengan kuah kari ayam..

tak macam orang lain..
ketupat / nasi impit
ngan kuah kacang atau rendang

rasanya.. sebab selalu balik raya
ke rumah nenek belah abah
nenek pasti akan masak ketupat / nasi impit
dengan kuah kacang, rendang dan kari ayam

aku tak suka bende-bende kering.. macam rendang
jadinya.. aku akan bedal kuah kacang tu..
campur ngan kari ayam..
hehe.. resepi dan adunan cipta sendiri..

air sirap?... mestiii..
bukan apa.. agaknya..
tu je jenis minuman orang miskin mampu
hehe..

dulu.. orang memang akan masak ketupat
ketupat dianyam sendiri.. bukan beli cam sekarang
kuih buat sendiri..

aku pandai anyam ketupat
sebab makcik-makcik aku selalu ajak join dan ajar
sampai sekarang boleh lagi anyam.. hehe..
bangga.. bangga oooo...

kuih raya lak.. antaranya
aku suka kuih makmur dan baulu
kuih siput dan tempeyek..

dulu.. aku suka minum air oren dalam botol
botolnya kecik je.. warna gelap.. cap angsa rasanya
perasanya.. oren and ais krim soda
murah je.. kedai Pak Long aku selalu ada
orang akan beli berpeti-peti..
rasanya.. sekrang ni dah takde dah brand tu kot..

lepas raya lak..
aku dan geng-geng kampung aku
Peah, Udin, Ehak, Ibun, Pi-E, Paksu
naik basikal ramai-ramai..
beraya dari satu rumah ke satu rumah
dari pagi lepas sembahyang, sampai petang nak maghrib
dari kampung abah., sampai pekan kat kampung mak

duit raya dulu.. 20 sen je sorang.. setiap rumah
kalau rumah orang kaya sikit
atau sedara kami yang suka kami
dapat la 50 sen atau singgit
(dulu duit 50 sen.. size dia besar.. hehe)
dapat je.. simpan dan ikat dalam sapu tangan..
kumpul.. nanti nak beli mercun.. atau main beli tikam..

hehehe..

Tuesday, October 3

bila puasa

aku tak berapa ingat
bila exactly.. aku start berpuasa
bukan puasa yang yok.. tengahari bukak periuk
hehe..

tapi aku ingat
abah selalu bagi 'semangat'
supaya aku berpuasa
dengan bagi 'hadiah'
satu hari puasa.. dapat 1 ringgit
hehe..

itu la duit hadiah
itu la duit raya
itu la duit beli pakaian raya aku..

well.. 'cara' ni..
memang mujarab sebenarnya
disamping pujuk suruh puasa
dapat jugak tanam minat kumpul duit
sambil perasaan puas dan bangga
untuk aku sendiri.. dan abah jugak..

seingat aku..
'training' puasa.. dengan cuba puasa
separuh hari.. or to be exact.. pagi je
then.. try sampai tengahari.. then petang
akhirnya.. sampai penuh seharian..

time puasa ni..
apa pun yang mak masak
masa nak berbuka tu..
akan ku balun..
semuanya nampak sedap belaka

but.. my favourite.. are;
minuman - sirap, bandung, cincau
makanan - nasi ayam (of course.. hehe),
mee bandung, mee jawa

aduss...
rindunya aku nak makan mee jawa mak aku
bukan ada jual kat kedai oooiiii...

ada jugak orang lain try buat
and aku try makan
tapi.. pastinya.. tak sama..

ye la kan..
air tangan mak sendiri juga yang sedap

seingat aku jugak..
dulu.. mana la nak merasa
beli-beli barang untuk berbuka ni
semuanya masak sendiri

tapi.. mak 'pandai'

dulu.. ada budaya.. berbalas-balas mangkuk
so.. mak memang masak sedap
and.. mak masak makanan yang orang lain tak leh buat
plus.. mak memang selalu masak lebih
then.. bila time nak berbuka tu
selalunya.. mak akan beri salam pada jiran-jiran
or jiran-jiran bagi salam dulu
and bertukarlah mangkuk lauk-pauk / kuih-muih
di depan pintu atau di tepi pagar rumah

dapat lah jugak 'merasa'
lauk atau kuih lain
yang tak 'mampu' kami nak beli tu

anyway.. dulu pun.. tak macam sekarang
ada pasar malam yang jual pelbagai kuih

dulu memang susah nak jumpa kuih
yang jarang kita dengar

dulu kena balik kampung
baru dapat rasa kuih / lauk yang exotic ni

sekarang ni.. hmmm...
dah tak 'special' macam dulu..
hari-hari boleh dapat..
kat pasar malam atau kedai

apapun.. yang penting..
ibadah puasa tu..

Monday, October 2

main-main

dulu.. masa duduk Kampung Bumi Hijau
time balik sekolah.. selalunya.. konvoi..
dengan beberapa orang member
dari kampung yang sama

lepas lintas Kampung Setia Jaya
kami akan henti rehat
kat satu rumah makcik ni

dia jual aiskrim batang
yang buat sendiri tu
10 sen sebatang
pergghh.. bestt oooii

kena pulak dah penat jalan tadi
so.. ramai-ramai pulun aiskrim tu
kalau takde duit lebih
share la ngan member..
hehe.. buat muka kesian..

sambil rehat layan aiskrim
some of us.. main galah panjang

rumah makcik tu ada tapak court badminton
tak pun.. sebenarnya rumah dia
depan dewan / balai raya kot
tak ingat la.. but.. yg penting ada court tu

lepas dah 'penat' berehat
aiskrim abis.. selesai game galah panjang
sambung balik perjalanan
menuju ke Kampung Bumi Hijau

sampai rumah..
makan tengahari..
then.. tidor le.. apa lagi..

hehehe...

petang nanti..
nak jumpa member-member lak
nak main permainan macam-macam lagi
ikut musim la kan..

ada tu..
musim main tudung botol
musim tepuk kad bola
musim tiup batang aiskrim
musim lawan kad kereta
musim main senapang-peluru-buah cherry
musim main baling selipar
musim rounders
musim badminton
musim main police sentry
musim macam-macam lagi..

aduss.. meriah oooii..

anyway.. rasanya...
permainan bebudak dulu-dulu
lebih interactive dan interpersonal
dari game bebudak sekarang

hidden social skills..
hidden curriculum..

Tuesday, September 26

hari aku, hari mak

sedar tak sedar..
hari ni.. adalah hari ulang tahun kelahiran aku

aissehhh.. dah makin tua rupanya..
heheh..

apapun.. seperti mana selalu
kami sekeluarga ni
bukan la jenis berparti / bermajlis ni
bila sambut birthday one of us
but.. kami tetap ingat..

and as for me..
setiap kali birthday aku
aku memang akan selalu teringat kat mak

sebab..
hari ulang tahun kelahiran kita
adalah sebenarnya hari di mana
kita memang patut ingat pada mak kita
yang melahirkan kita pada hari itu
pada satu tahun dahulu..

mak.. terima kasih.. atas segalanya..
tiada mak.. tiada la aku..

Monday, September 4

eppy birthday amy !

Selamat Hari Lahir yang ke 18
kepada adik aku.. Fahmi..

kami panggil dia.. Pak Tam
sebab start sekolah menengah
dia gelap sikit
sebab banyak outdoor..
hehe..

tapi.. aku selalu panggil dia Amy..
aku suka nama tu
ingatkan aku pada Amy Search..
hehe..

tak silap aku..
abah kata.. antara ramai-ramai adik aku
dia ni sorang je.. 'orang KL'..
sebab.. lahir kan General Hospital KL..

aku and adik-beradik lain
semua lahir kat Selangor
either kat kampung or Hospital Kelang..

dia baru je start..
sambung belajar lepas SPM last year
kat ITM.. oppsss.. silap.. UiTM... Shah Alam
he's reading Law at the moment...

best of luck to him..

hmm.. apapun..
seperti biasa... rasanya..
surely.. hari ni..
mak masak nasi ayam ngan air sirap..

hehe..

Tuesday, August 29

ke sekolah

masuk darjah satu..
aku bersekolah kat
Sekolah Kebangsaan Gombak Setia

jauh tak jauh la.. dari umah kami tu..
tapi.. dekat 4 kilometer gak la..

tapi kalau ikut jalan short-cut
boleh dekat lagi..

seingat aku..
time sekolah.. waktu pagi..
subuh lagi dah bangun..
and time mandi yang parahhh tuuu..

sejukkk ooiiiiiiiiii...

aku ingat lagi..
rajin mak aku pagi-pagi masak air untuk aku

bukan buat teh atau kopi la..

tapi air panas dari cerek tu
campur ngan satu baldi air sejuk
nak kasi aku mandi pagi.. hehehe..

manja gak la aku dulu...
hehehe..

lepas mandi..
sikat rambut, bedak sikit,
pakai baju seluar sekolah segala
dalam keadaan samar-gelap tu
lepas tu naik motor ngan abah

abah hantar ke sekolah pagi-pagi
sebab abah memang lalu situ
sebelum dia lalu Sentul, Setapak, KL, then PJ
ke tempat keje abah..

sampai je sekolah.. masuk kelas..
gelap gelita lagi ooooo..
6.45 pagi gitu..

ada la sorang dua.. member sekelas lain
yang 'senasib' dengan aku..
turunkan kerusi.. letak beg..

lepas tu..
gi padang atau kantin atau depan gate
tunggu member-member lain sampai

ada yang naik bas sekolah
ada yang naik kereta atau motor abah mereka
ada jugak yang jalan kaki..

seingat-ingat aku
in genera.. aku memang suka bersekolah
sebab suka jumpa kengkawan..

alhamdulillah..
aku ni memang dari zaman kecik lagi
senang berkawan.. senang tegur orang
kuat bercakap, banyak ketawa..
hehehe..

abis sekolah.. tengahari..
balik jalan kaki..

lalu taman perumahan gombak setia tu
lalu kawasan lombong..
naik kawasan bukit sikit
lalu belakang kawasan umah orang lagi

dalam sejam.. sampai la umah rasanya
ada dalam 2 batu ikut jalan short-cut tu

kengkadang jalan reramai..
'member sekampung'..
tu pun kenal tengah jalan
kengkadang 2 orang je..
ngan anak Pak Leman tu

letih memang letih
pahit masa melaluinya
tapi manis bila dikenang sekarang ni..

hehe..

apa nak buat..
nasib masing-masing..

Monday, August 28

lauk orang miskin

rumah kami kat Kampung Bumi Hijau tu
takde api letrik masa tu..
sistem air pun gitu-gitu je rasanya..

jadi.. selalunya
pakai lampu minyak tanah atau pelita
dapur pun pakai minyak tanah gak
nak tengok tv.. pakai bateri macam bateri kereta tu
kena re-charge.. selang seminggu..

aku ingat lagi
warna dapur tempat mak masak tu
putih biru.. dua tungku tempat masaknya

aku ingat lagi..
warna tv hitam putih abah beli tu
merah tua.. 14 inci tak silap..

apapun.. masa zaman tu..
mak jarang masak daging..
apatah lagi ikan yang selain cencaru atau kembung..
mahal ooiiii..

tapi.. kengkadang..
ada la abah beli ikan bawal.. atau daging..
abah selalu beli segala bende ni
kat pasar jalan chow-kit tu
on the way balik keje..

dan.. aku tau la.. minggu tu..
minggu abah baru dapat duit gaji..

hmmmm..
nak kata selalu makan ayam.. tak jugak..
tapinya.. most of the time la..

tapi yang pastinya..
telur goreng.. adalah kesukaan ku..

aku ngan adik aku.. angah..
takde la kuat sangat makan..
tapinya.. time makan.. pulun le..
hehe..

selalunya... mak akan tanak nasi banyak..
lepas tu goreng telur goreng
satu untuk aku.. satu untuk angah..

kuah kuah ni mana ada..
nasi ngan telur je..

nasi banyak.. tapi lauk sikit..

selalunya..
aku cubit telur goreng tu.. sikit-sikit je

jadinya.
aku boleh makan 2 atau 3 pinggan nasi
dengan lauk satu telur goreng tu.. hehe..

kuah? kuahnya..
aku ni kan kreatif.. hehe

nasi putih tu..
aku letak sikit minyak bekas goreng telur tu
campur ngan kicap tamin masin..
perrgghhh.. lazat oooiiiii..

(kengkadang.. kicap abis..
ajinomoto pun jadi..hehe)

tak banyak.. satu suap.. dua suap..
tiga pinggan nasi aku balun.. hehe

sedar tak sedar..
sampai sekarang pun..
kalau aku makan nasi
kalau ada kicap... aku akan campur kicap
pantang?.. pantang ada.. keke..

sedar tak sedar..
sampai sekarang aku memang suka ayam
tak suka makan daging..

sedar tak sedar..
sampai sekarang ni pun aku masih terbiasa..
kalau lauk tu.. ayam ke daging ke ikan ke
especially telur goreng..
aku akan cubit.. sikit-sikit..
untuk 'cukupkan' makan dengan nasi 2 pinggan..

alhamdulillah..

tak silap aku.. aku perhatikan sekarang ni..
adik-adik aku pun.. ada amal bende ni gak..

nak nak lagi..
part makan nasi dengan kicap ngan minyak tu..

aku rasa.. tak de jual buku resepi ni..
kami je kot yang amalkan.. heheheh..

sebut pasal resepi.. dulu mak aku..
selalu potong resepi masakan
dari majalah-majalah..
lepas tu tampal dalam buku log

(aku rasa, ada lagi aku nampak buku log tu
mati segan hidup tak mau keadaannya.. hehe)

satu lagi masakan 'kesukaan' aku masa tu
adalah ubi kayu rebus atau ubi kayu goreng sambal
alaa.. pendek cerita.. ubi kayu laaa...

tapinya.. bila zaman sekarang ni
kalau mak aku masak ubi kayu ni
untuk minum petang atau pagi ke..
aku selalu 'usik' mak..

aku akan kata..
"mak.. apa ni masak ubi kayu..
ni makanan orang miskin..
dulu zaman miskin.. boleh la..."

hehehe...


hanya orang yang pernah miskin je tau
apa itu.. dan apa rasanya... miskin

hanya orang yang pernah tak cukup makan je tau..
apa rasanya tak makan..

orang miskin nak jadi kaya
orang kaya takkan nak jadi miskin

bukan senang nak senang..
bukan susah nak susah..

Sunday, August 27

balik kampung

masa duduk at Gombak tu
kalau time cuti sekolah or cuti raya
kalau nak balik kampung kat Ijok tu
kami akan naik bas ramai-ramai

kat Puduraya.. naik bas merah-kuning
Selangor Omni-bus company.. platform hujung sekali
yang dekat ngan / ngadap Bangunan Cahaya Suria..

bas sambung-sambung
jadinya, tak leh beli tiket awal
macam bas ekspress

jadinya..
kalau nasib baik
tak ramai orang tunggu
kalau nasib tak baik
berebut-rebutlah kami..
luckily, nasib kami selalunya baik..

kengkadang..
selalu gak.. abah buat 2 trip
mula-mula hantar mak ngan adik dulu
then baru amik aku..

aku lak.. sementara abah buat first trip tu
lepak la kat rumah Pakcik Leman tu
anak-anak dia best.. lima beradik
semua boleh buat kawan..

dari rumah kami
ke kampung.. kalau by bus..
dalam 2 jam sampai la time tu

kalau by motor vespa abah
dalam 45 minit gitu

duduk peluk abah naik motor
kengkadang tersengguk-sengguk aku
tertidor kat kebelakang...
hehe.. bahaya oooooii..

kalau naik bas Leng Seng tu
ada satu tempat tu..kawasan estate
jalan dia macam ular kena palu..
boleh pening kepala kalau tak biasa

lepas Pekan Ijok..
sebelum Kampung Bukit Rotan
picit loceng bus tu..
sampai lah dekat ngan kawasan kampung aku
tapi, belum sampai depan rumah datuk pun
let alone kampung kami..

kena turun kat jalan besar
then.. kena jalan dekat 2 batu dari situ
baru sampai Kampung Parit Mahang.. kampung abah..
kampung mak, sebelah je.. Kampung Bukit Kuching

kalau nasib baik.. tengah jalan tu..
ada la orang tumpangkan naik kereta
atau motor, atau basikal

kalau nasib baik.. bila turun bas tu
lalu depan rumah India mandur estate kat situ
boleh pinjam basikal dia kalau ada
kalau belum ada orang yang turun bas yang sebelum tu
dah pinjam dulu.. hehe

bas lalu setiap 3 jam...

ada sekali tu..
aku balik kampung ikut Pakcik Bahar
(sepupu abah) yang masa keje kat KL
selalu melawat kami sekeluarga..
kalau dia nak balik kampung

yang harunya..
dia ni suka balik time malam..
jadinya.. bila naik bas..
sampai turun bas kat jalan besar tu
selalunya time pukul 10 malam gitu..

so.. teruklah sikit kengkadang..
orang yang masuk kampung pun kurang
basikal India tu pun takde
aku pun dah ngantuk, tak larat jalan..

tapinya.. Pakcik Bahar aku ni sporting
dia akan dokong aku.. hehe
(nasib baik aku dah gedebab)

jalan dalam gelap gelita
mana ada lampu jalan..
lampu rumah orang pun.. 100 meter satu

untuk 2 batu tu
dalam sejam lebih sampai la
rumah datuk..

rumah bapak Pakcik Bahar
sebelah je.. nasib baik gak

apapun..
aku memang suka balik kampung
sebab boleh jumpa kawan-kawan aku tu
Piah, Ibun, Ehak, Udin, Paksu, Pi-E
and especially Ucu..

hehe..

Tuesday, August 15

dari kampung ke bandar

sebelum umur aku 6 tahun
kami sekeluarga pindah ke KL..
akhirnya..

setelah abah dapat dan mampu
menyewa rumah sendiri kat KL tu

tahun 1979 tu gak..
aku ni no longer sulung..
aku dah ada seorang adik lelaki..
bertambah ahli keluarga..
bertambah juga rezeki hendaknya..

seingat aku..
rumahnya kecik..
ada 2 bilik rasanya..
di tepi bekas lombong
di tepi tempat perlupusan sampah
rumah-rumah lain rapat-dekat
rumah setinggan..

well.. itu lah rumah kami
rumah pertama kami di KL..

kawasan setinggan tu
was in PJ Old Town..
Kampung Pinang Tunggal
not really sure where exactly it is now
since that was 1980..

abah dah start keje gomen
Penolong Juru Foto kat Bahagian Mikrofilem
Jabatan Pendaftaran Negara
Jalan Sultan, PJ..

seingat aku..
tak lama la kami kat situ..

not really know why..
but, maybe among others
sebab abah dapat umah lain
yang lebih baik keadaannya
yang lebih baik kawasannya
yang ada sekolah
dan ada better 'prospect'

jadinya.. lewat 1980 kami pindah..
ke Kampung Bumi Hijau, Gombak
still kawasan setinggan..
sebelah Kampung Wira Jaya
dekat dengan Wardieburn Camp
dekat dengan Kolej Tun Abdul Razak
(now Univerisiti dah rasanya)

aku ingat.. yang aku selalu kena jaga adik aku tu
tolong mak.. kasi dia makan minum
dukung dia.. bawak round-round..
bila dia nangis.. bila mak penat..

adik aku tu.. tentu tak ingat
camna rumah kami tu

rumah setinggan kita yang abah beli tu
rumah kayu, macam rumah kita kat kampung tu gak
tapinya kecik la.. way to small..
kalau banding ngan umah kita
kat Kampung Parit Mahang tu..

tapinya.. rumah setinggan yang ni
memang better location and neighbourhood

belakang rumah ada sungai kecik
depan ada bukit dan hutan sikit..
antara rumah pun jauh-jauh
macam kampung la.. sepi dan aman..

apapun... rumah kecil tiang seribu tu lah..
harta abah yang pertama..
harta kami yang sulung..

kami berjiran..
belakang selepas sungai tu rumah
aku selalu main badminton kat situ
depan sebelum bukit tu atas kawasan rumah aku
ada rumah batu.. orang kaya sikit kot..
or probably owner tanah umah kami duduk tu..

aku pun masuk tadika..
lupa aku nama tadika tu..
tapi jauh gak la from umah aku tu
dalam 15 minit jalan kot.

jalan kaki naik bukit turuk bukit
lalu kebun lau belakang umah orang
then.. satu kedai runcit..
sebelah kedai tu.. Tadika Kemas..

apapun.. aku dah jadi budak bandar..
budak kampung duduk bandar
tinggalkan rumah kampung bertanah sendiri
menumpang tanah orang menyewa rumah
hingga mampu membeli rumah..

seterusnya.. melihat dan mengorak nasib sendiri

Monday, August 7

selamat hari lahir

selamat ulang tahun hari lahir
kepada emak.. Faridah Abdul Hashim..

semoga panjang umur
dan dimurahkan rezeki
serta diberkati hidupnya
dunia dan akhirat..

kami sekeluarga bukanlah 'jenis' berparti-parti ni
sekarang ni je.. baru la ada majlis-majlis gitu
aku atau adik-adik lain.. beli kek beli hadiah
kalau time ada birthday antara kami..

dulu.. sebelum tahun-tahun 1990s..
memang tak de majlis..

well.. to be precised..
kami tak ingat pun birth day antara kami
let alone any 'majlis' sambutan..

tapinya.. yang aku tau.. dan pasti..
aku boleh dan akan tau..
jika hari tu.. adalah ulang tahun kelahiran
salah seorang ahli keluarga aku
bila mak buat makan besar sikit dari biasa
mesti ada nasi ayam dan air sirap..

selamat hari lahir Mak !

Saturday, July 15

riang ria

teringat aku pada
Piah, Ibun, Udin, Pi-E, Ehak, Pak Su
7 geng budak comot.. 3 biji basikal tua..
(2 dual-passenger, 1 lagi tri-passenger)

ke mana-mana pun.. bertujuh ni la..
berkubang dalam parit, gi layan buah pulasan kat kebun
pancing ikan puyu, gi tadika.. segalanya lah..
termasuklah kena marah ngan Pak Long or Datuk..
hehehe...

Ibun paling tua..
Pi-E paling muda
aku tua sikit dari Pi-E
Ibun, Pak Su, Ehak.. pangkat pakcik
aku, Udin, Piah.. sepupu
Pi-E adik Udin..
semuanya.. selang setahun beza umur..

kengkadang..
kami suka kacau cousins yang pompuan
biasalah.. yang main masak-masak tu

tolong pun.. ye gak
tolong carikan daun, ikan puyu ke
untuk diaorang 'masak'.. hehe

selalunya.. last sekali..
kami suruh diaorang masakkan kami maggi mee
ye la kan.. dan puas sepagian merayau..
lapar la.. so.. bila pegi 'camp' diaorang tu
dapat la makan-makan..
lepas tu sambung merayau lagi..

antara cousins yang pompuan
aku memang ingat pada Ucu..
abah kata.. aku ngan Ucu
lahir sama bulan sama tahun

agaknya.. sebab tu
Ucu baik dan serasi ngan aku
Ucu selalu 'layan' aku
yang lain tu.. garang.. hehe

paling best..
bila kita semua main 'kawin-kawin'
and pastinya aku ngan Ucu
akan 'disandingkan'.. hehe

"di renjis-renjis.. dipilis
ditepungi lah tawar..
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar.."

Thursday, July 13

membina impian

sebelum kami sekeluarga
mula 'jadi' orang kota..
abah yang mula-mula duduk KL..

well.. kisahnya..
masa aku kecik tu.. aku pun tak tau
dan aku pun tak perasan..
bila dah dah belasan tahun..
baru la 'it all clicked'..

masa aku kecik..
masa umur-umur aku nak masuk 6 tahun tu
aku selalu perasan dan ingat..
abah selalu takde.. selang 2 atau 3 hari..
aku tak tau kenapa sangat..

yang aku tau.. aku nangis la..
every times abah nak 'berangkat'
time-time nak senja gitu..

abah tumpang kawan..
ulang alik ke KL..
abah tumpang tinggal rumah kawan
masa time tu...

rupanya..
abah dapat dan dah keje kat KL..
tapi tak mampu nak bawak kami sekeluarga lagi
ye la kan.. gaji kecik.. nak cari umah segala lagi..

jadinya.. aku ingat..
bila aku selalu tanya abah..
time senja-senja tu
time abah nak berangkat tu..

"abah nak gi mana?" aku tanya..
abah selalunya akan jawab..
"abah nak gi keje.. abah nak buat rumah..."

masa tu.. aku ingat ke
abah aku keje buruh kontrak..
(abah keje Penolong Juru Foto..
kat Jabatan Pendaftaran Negara, PJ)

dan rupanya.. ianya apa abah cakap tu
adalah kiasan....
yang dia sebenarnya sedang kumpul duit
yang dia sebenarnya tengah bertungkus-lumus kerja overtime
yang dia sebenarnya terpaksa ikat perut..
supaya cepat banyak duit..
untuk boleh sewa rumah kat KL..
supaya kami sekeluarga.. semuanya dapat bersama dia
hidup di kota.. jadi orang kota..

memang hati abah.. bukan nak keje kampung..
mungkin di hati nya ketika tu..
dia tak nak duduk kampung selamanya..

abah juga nak jadi perantau
macam abah dia dan datuk dia
yang merantau dari banjarmasin
hingga sampai ke tanah melayu..

demi masa depan...
demi meneruskan kehidupan...
demi impian...

Wednesday, July 12

sahabat saudara

lama jugak aku membesar di kampung..
sampai la umur aku 6 tahun..
kami pindah KL..

sebelum tu.. 2 tahun aku joined tadika
ikut kawan-kawan aku yang lain
(which were mostly either pangkat sepupu or pak sedara)
sebab boring, time pagi-pagi..
member-member semua gi tadika
aku pun merengek selalu agaknya
so, abah masukkan aku ke tadika
join kawan-kawan sekampung aku tu..

tak banyak yang aku ingat
but.. still boleh terimbas..
wajah cikgu ani..
time rehat makan free
then lukis-lukis.. belajar abc
then main ting-ting.. main guli
main congkak atas tanah.. main lastik getah..
zaman early 80s.. mana ada video game and IT segala..
apatah lagi nak menyebutnya..

aku ingat.. selalu lepak rumah pakcik aku
lepas sekolah... nak balik rumah..
kengkadang mak aku tak sempat ambik aku

kengkadang mak ambik..
kalau pagi tu dia gi menoreh
dan lepas jual susu getah
kat Wak Toher
then, berbasikal la kami tengahari tu
balik umah..
tak jauh.. dalam 2 batu..
rempuh hutan celah ladang getah dan kelapa sawit

basikal besar (jenama jaguar rasanya) tu
banyak jasanya.. pada kami..
even we brought that bicycle to KL
dan akhirnya kami jual..

aku ingat.. satu hari
mak kayuh basikal tu..
dah nak sampai umah
tetiba mak dengar aku menjerit
tersepit ngan bilah tayar basikal tu
aku ingat sangat keadaan tu..
anyway.. parut lukanya..
masih ada kat kaki aku ni ha..

kalau mak tak datang tengahari
aku lepak ngan sepupu aku.. sampai petang
makan semua mak long siapkan.. no worries..

layan pancing ikan puyu kat parit
tak pun berkubang terus dalam parit tu
heheh..

(sekarang ni... parit tu dah tak dalam
dan keadaan nya bersemak.. banyak biawak..
tak macam dulu.. jernih.. bersih)

petang je nanti...
abah balik kerja..
aku tunggu bayang vespa putih dia tu
aku tunggu sambil lepak kat bangku
kat kedai pak long aku tu..

abah sampai dari pekan sg. buloh
tempat dia kerja..
agak lewat petang.. jauh oooii..

kengkadang.. abah belikan mainan untuk aku
and aku tau la.. bahawa minggu tu minggu baru dapat gaji..
heheh...

(mak kata.. aku ada seguni mainan kat rumah.. hehe
anak sulung la katakan.. )

aku tak berani lepak umah datuk..
tapi aku selalu usik nenek
time dia beli ikan ngan sayur kat kedai pak long

(umah sebelah je.. but 40 meter jaraknya)

bukan la datuk aku tu garang sangat..
but, dia memang tak banyak cakap..
dia selalu duduk atas kerusi rotan
kat anjung rumah dia tu..

(datuk ngan nenek panggil aku Ali
sebab susah nak sebut nama penuh aku kot
nama aku bukan la pelik sangat
perhaps, tang huruf D tu kot)

balik umah.. mandi air perigi..
ada ikan puyu dalam tu..
(petua orang tua nak halang orang pukau)

ada kolam kecik depan umah aku tu..
abah letak kura-kura dalam dia..
kalau nasib baik.. keluar la dia
dapat la 'layan' kura-kura..

depan umah aku..
pak sedara bapak aku duduk
dan sepupu bapak aku duduk sebelah..
jadinya.. kat kawasan kebun tu
ada la 3 keluarga bersaudara..

aku, Udin, Ehak...

Saturday, July 8

dari kampung

aku tak la ingat sangat..
banyak bende time aku kecik dulu..
but.. the precious few moments
tetap tergiang-giang gak kengkadang tu..

aku dulu..
start dari kampung
mak ngan abah.. duduk kampung
abah keje macam-macam
dari amik upah banting padi
dari amik upah toreh getah kat kebun orang
dari jadi kerani kat pejabat persatuan peladang
dari itu ini.. begitu begini..
sehingga la sekarang..

mak aku lak..
tak pernah keje.. per se
tapi pernah la 'teman' abah keje
pernah la keje kilang sekejap..
gitu gitu la..
but, yang paling 'lama'
is being the DO - dapur opiser to my family
hehe...

abah.. memang tak pernah jawat jawatan 'tinggi'
keje gomen.. start dari bawah..
dari SRP pun cukup makan
dari SPM pun tak lepas
last sekali (after 3 attempts)
lulus ga.. pangkat 3..

tu yang dapat keje kat opis
tu yang dapat keje 'bawah air-cond' tu
tidak kalu.. rasanya.. kami masih duduk kat kampung tu
and tetap dalam sektor 'pertanian'..

abah dapat lulus SPM tu
baru la merasa pakai motor
motor vespa.. vroomm vroom..
warna putih.. then re-coloured jadi biru..
then lastly jual gak.. masa kat KL..

masa kat kampung..
lepas abah ngan mak kawin
(allahyarham) datuk.. bapak abah aku..
bagi duduk rumah kat one of his kebun..
actually.. suruh usahakan kebun tu
tapi.. abah aku ni.. rasanya..
memang bukan hatinya kat kebun tu..
hehe..

then.. datuk suruh uruskan kedai runcit kecik dia
pun.. tak jadi gak.. abah serah bagi adik dia..
(now dah besar dah kedai tu)

abah aku ni..
'serasi' keje makan gaji gak akhirnya..

Sunday, July 2

the turning point

aku pun heran gak sebenarnya..
mana datang.. tetiba je..
rasa nak 'bersungguh-sunguh'
into this blog thingy..

mungkin.. malam semalam kot
time roller-blading..
sambil layan lagu-lagu melayu jiwang lama
and i think lagu kumpulan iklim - bukan niatku
yang buat 'mood and feel' tu datang..

i told myself that..
i think it would be worth it
for me to start blogging.. 'properly'
a written story of my own life

nevertheless.. here i am..

di sini bermula


semalam, hari ini, esok..

hari ini bermulanya semalam
esok bermulanya hari ini
semalam adalah hari ini esok

coretan ku yang pertama...