Tuesday, August 15

dari kampung ke bandar

sebelum umur aku 6 tahun
kami sekeluarga pindah ke KL..
akhirnya..

setelah abah dapat dan mampu
menyewa rumah sendiri kat KL tu

tahun 1979 tu gak..
aku ni no longer sulung..
aku dah ada seorang adik lelaki..
bertambah ahli keluarga..
bertambah juga rezeki hendaknya..

seingat aku..
rumahnya kecik..
ada 2 bilik rasanya..
di tepi bekas lombong
di tepi tempat perlupusan sampah
rumah-rumah lain rapat-dekat
rumah setinggan..

well.. itu lah rumah kami
rumah pertama kami di KL..

kawasan setinggan tu
was in PJ Old Town..
Kampung Pinang Tunggal
not really sure where exactly it is now
since that was 1980..

abah dah start keje gomen
Penolong Juru Foto kat Bahagian Mikrofilem
Jabatan Pendaftaran Negara
Jalan Sultan, PJ..

seingat aku..
tak lama la kami kat situ..

not really know why..
but, maybe among others
sebab abah dapat umah lain
yang lebih baik keadaannya
yang lebih baik kawasannya
yang ada sekolah
dan ada better 'prospect'

jadinya.. lewat 1980 kami pindah..
ke Kampung Bumi Hijau, Gombak
still kawasan setinggan..
sebelah Kampung Wira Jaya
dekat dengan Wardieburn Camp
dekat dengan Kolej Tun Abdul Razak
(now Univerisiti dah rasanya)

aku ingat.. yang aku selalu kena jaga adik aku tu
tolong mak.. kasi dia makan minum
dukung dia.. bawak round-round..
bila dia nangis.. bila mak penat..

adik aku tu.. tentu tak ingat
camna rumah kami tu

rumah setinggan kita yang abah beli tu
rumah kayu, macam rumah kita kat kampung tu gak
tapinya kecik la.. way to small..
kalau banding ngan umah kita
kat Kampung Parit Mahang tu..

tapinya.. rumah setinggan yang ni
memang better location and neighbourhood

belakang rumah ada sungai kecik
depan ada bukit dan hutan sikit..
antara rumah pun jauh-jauh
macam kampung la.. sepi dan aman..

apapun... rumah kecil tiang seribu tu lah..
harta abah yang pertama..
harta kami yang sulung..

kami berjiran..
belakang selepas sungai tu rumah
aku selalu main badminton kat situ
depan sebelum bukit tu atas kawasan rumah aku
ada rumah batu.. orang kaya sikit kot..
or probably owner tanah umah kami duduk tu..

aku pun masuk tadika..
lupa aku nama tadika tu..
tapi jauh gak la from umah aku tu
dalam 15 minit jalan kot.

jalan kaki naik bukit turuk bukit
lalu kebun lau belakang umah orang
then.. satu kedai runcit..
sebelah kedai tu.. Tadika Kemas..

apapun.. aku dah jadi budak bandar..
budak kampung duduk bandar
tinggalkan rumah kampung bertanah sendiri
menumpang tanah orang menyewa rumah
hingga mampu membeli rumah..

seterusnya.. melihat dan mengorak nasib sendiri

No comments: