Friday, October 20

malam raya

kalau kat kampung
aku ngan sedara dan geng
surely pulun mercun dan bunga api

Peah.. anak Pak Long
yang paling banyak mercun
mana tak.. anak tokeh kedai runcit
yang jual mercun segala jenis
hehe..

meriam buluh lak
Ibun yang selalu buat dan main
kami tumpang isi karbaid and cucuh je

sebelum tu
nenek suruh kejar ayam malam tu
tolong jaga api masak ketupat
tambah air ke periuk masak ketupat tu

pendek kata.. malam raya..
memang meriah kalau kat kampung
riuh dan kecoh sampai ke paginya

ye la kan..
persediaan masak untuk beraya pun ye
sedara mara balik dari tah ceruh mana
dah berkumpul dalam satu rumah pun ye gak

macam-macam cerita..
macam-macam kenangan
macam-macam lawak..

kami budak-budak.. tumpang dengar je le
nak menyampuk.. mana boleh.. pantang oiii..

apapun.. keluarga kami.. keluarga abah
adalah yang paling selalu diraikan
sebab.. tak silap aku..
dalam ramai-ramai adik-beradik abah
pada zaman aku kecik tu..
abah sorang je yang duduk KL..
abah sorang je yang kiranya berjaya di KL
kami je.. keluarga bandar..

jadinya.. bila orang bandar.. orang KL balik
orang kampung.. pada zaman tu
sure akan raikan..
sure nak dengar cerita orang KL
sure akan dengar nasihat abah..
adik-adik perempuan abah especially
makcik-makcik aku la kiranya..

Cik Sarah, Cik Lumah, Cik Misah ni
dulu.. masa diaorang ni anak dara
kalau malam raya tu.. memang kecoh
penuh ngan gelak ketawa je
ada je lawak diaorang ni
aku suka 'join' diaorang
aku suka tolong diaorang
diaorang akan ajar aku macam-macam
buat, masak dan jaga ketupat contohnya

tapinya..
even sampai sekarang pun
makcik-makcik aku ni dah bekeluarga sendiri
ada anak-anak sendiri ni
kalau diaorang balik beraya..
kalau ada bertiga ni semua sekali
sure akan kecoh jugak..
masih penuh gelak dan cerita

orang dulu..kalau kat kampung
start masak atau jerang
(dalam bahasa banjar) ketupat tu..
lepas pengumuman raya kat radio / tv

kalau raya jadi.. (esoknya raya)
kelam kabut le semua..
kalau raya tak jadi.. (lusa baru raya)
ok la.. tak kelam kabut sangat..

hehe..

Wednesday, October 18

bila raya

bila sebut hari raya
maknanya tamat la sebulan berpuasa
syukur.. alhamdulillah..

selalunya.. kalau hari raya
kalau masa aku kecik dulu
kami sekeluarga pasti balik kampung
naik bas atau naik motor
tak macam sekarang, semua naik kereta

more often than not
raya pertama, mesti kat kampung abah
dan nasib baik gak..
mak ngan abah.. kampung sebelah-sebelah je

jadinya..
takde la kami ni 'bergaduh'
nak balik kampung mana dulu
tak macam keluarga orang lain tu
tak tau la camna mereka handle
kami cuma boleh bayangkan je
apa yang mereka rasa dan lalui
hehe..

kampung kami pun tak jauh dari KL
jadinya.. takde la kami tempuh 'seksa'
nak beli tiket bas awal ke
atau masalah tiket dah abis ke
untuk balik ke kampung
untuk balik beraya..

kami selalu terfikir bertuah
tapi, kesian kat mereka yang tergolong
dan melalui perkara-perkara tadi tu..

kampung abah - Kampung Parit Mahang
kampung mak - Kampung Bukit Kuching
sebelah je.. both in daerah Jeram, Kuala Selangor

dari kecik lagi.. tapi aku tak ingat bila startnya..
bila tiba hari raya je.. pagi tu.. or dari malamnya tu..
antara makanan raya yang aku mesti cari
adalah ketupat /nasi impit..
dengan kuah kari ayam..

tak macam orang lain..
ketupat / nasi impit
ngan kuah kacang atau rendang

rasanya.. sebab selalu balik raya
ke rumah nenek belah abah
nenek pasti akan masak ketupat / nasi impit
dengan kuah kacang, rendang dan kari ayam

aku tak suka bende-bende kering.. macam rendang
jadinya.. aku akan bedal kuah kacang tu..
campur ngan kari ayam..
hehe.. resepi dan adunan cipta sendiri..

air sirap?... mestiii..
bukan apa.. agaknya..
tu je jenis minuman orang miskin mampu
hehe..

dulu.. orang memang akan masak ketupat
ketupat dianyam sendiri.. bukan beli cam sekarang
kuih buat sendiri..

aku pandai anyam ketupat
sebab makcik-makcik aku selalu ajak join dan ajar
sampai sekarang boleh lagi anyam.. hehe..
bangga.. bangga oooo...

kuih raya lak.. antaranya
aku suka kuih makmur dan baulu
kuih siput dan tempeyek..

dulu.. aku suka minum air oren dalam botol
botolnya kecik je.. warna gelap.. cap angsa rasanya
perasanya.. oren and ais krim soda
murah je.. kedai Pak Long aku selalu ada
orang akan beli berpeti-peti..
rasanya.. sekrang ni dah takde dah brand tu kot..

lepas raya lak..
aku dan geng-geng kampung aku
Peah, Udin, Ehak, Ibun, Pi-E, Paksu
naik basikal ramai-ramai..
beraya dari satu rumah ke satu rumah
dari pagi lepas sembahyang, sampai petang nak maghrib
dari kampung abah., sampai pekan kat kampung mak

duit raya dulu.. 20 sen je sorang.. setiap rumah
kalau rumah orang kaya sikit
atau sedara kami yang suka kami
dapat la 50 sen atau singgit
(dulu duit 50 sen.. size dia besar.. hehe)
dapat je.. simpan dan ikat dalam sapu tangan..
kumpul.. nanti nak beli mercun.. atau main beli tikam..

hehehe..

Tuesday, October 3

bila puasa

aku tak berapa ingat
bila exactly.. aku start berpuasa
bukan puasa yang yok.. tengahari bukak periuk
hehe..

tapi aku ingat
abah selalu bagi 'semangat'
supaya aku berpuasa
dengan bagi 'hadiah'
satu hari puasa.. dapat 1 ringgit
hehe..

itu la duit hadiah
itu la duit raya
itu la duit beli pakaian raya aku..

well.. 'cara' ni..
memang mujarab sebenarnya
disamping pujuk suruh puasa
dapat jugak tanam minat kumpul duit
sambil perasaan puas dan bangga
untuk aku sendiri.. dan abah jugak..

seingat aku..
'training' puasa.. dengan cuba puasa
separuh hari.. or to be exact.. pagi je
then.. try sampai tengahari.. then petang
akhirnya.. sampai penuh seharian..

time puasa ni..
apa pun yang mak masak
masa nak berbuka tu..
akan ku balun..
semuanya nampak sedap belaka

but.. my favourite.. are;
minuman - sirap, bandung, cincau
makanan - nasi ayam (of course.. hehe),
mee bandung, mee jawa

aduss...
rindunya aku nak makan mee jawa mak aku
bukan ada jual kat kedai oooiiii...

ada jugak orang lain try buat
and aku try makan
tapi.. pastinya.. tak sama..

ye la kan..
air tangan mak sendiri juga yang sedap

seingat aku jugak..
dulu.. mana la nak merasa
beli-beli barang untuk berbuka ni
semuanya masak sendiri

tapi.. mak 'pandai'

dulu.. ada budaya.. berbalas-balas mangkuk
so.. mak memang masak sedap
and.. mak masak makanan yang orang lain tak leh buat
plus.. mak memang selalu masak lebih
then.. bila time nak berbuka tu
selalunya.. mak akan beri salam pada jiran-jiran
or jiran-jiran bagi salam dulu
and bertukarlah mangkuk lauk-pauk / kuih-muih
di depan pintu atau di tepi pagar rumah

dapat lah jugak 'merasa'
lauk atau kuih lain
yang tak 'mampu' kami nak beli tu

anyway.. dulu pun.. tak macam sekarang
ada pasar malam yang jual pelbagai kuih

dulu memang susah nak jumpa kuih
yang jarang kita dengar

dulu kena balik kampung
baru dapat rasa kuih / lauk yang exotic ni

sekarang ni.. hmmm...
dah tak 'special' macam dulu..
hari-hari boleh dapat..
kat pasar malam atau kedai

apapun.. yang penting..
ibadah puasa tu..

Monday, October 2

main-main

dulu.. masa duduk Kampung Bumi Hijau
time balik sekolah.. selalunya.. konvoi..
dengan beberapa orang member
dari kampung yang sama

lepas lintas Kampung Setia Jaya
kami akan henti rehat
kat satu rumah makcik ni

dia jual aiskrim batang
yang buat sendiri tu
10 sen sebatang
pergghh.. bestt oooii

kena pulak dah penat jalan tadi
so.. ramai-ramai pulun aiskrim tu
kalau takde duit lebih
share la ngan member..
hehe.. buat muka kesian..

sambil rehat layan aiskrim
some of us.. main galah panjang

rumah makcik tu ada tapak court badminton
tak pun.. sebenarnya rumah dia
depan dewan / balai raya kot
tak ingat la.. but.. yg penting ada court tu

lepas dah 'penat' berehat
aiskrim abis.. selesai game galah panjang
sambung balik perjalanan
menuju ke Kampung Bumi Hijau

sampai rumah..
makan tengahari..
then.. tidor le.. apa lagi..

hehehe...

petang nanti..
nak jumpa member-member lak
nak main permainan macam-macam lagi
ikut musim la kan..

ada tu..
musim main tudung botol
musim tepuk kad bola
musim tiup batang aiskrim
musim lawan kad kereta
musim main senapang-peluru-buah cherry
musim main baling selipar
musim rounders
musim badminton
musim main police sentry
musim macam-macam lagi..

aduss.. meriah oooii..

anyway.. rasanya...
permainan bebudak dulu-dulu
lebih interactive dan interpersonal
dari game bebudak sekarang

hidden social skills..
hidden curriculum..