Saturday, July 15

riang ria

teringat aku pada
Piah, Ibun, Udin, Pi-E, Ehak, Pak Su
7 geng budak comot.. 3 biji basikal tua..
(2 dual-passenger, 1 lagi tri-passenger)

ke mana-mana pun.. bertujuh ni la..
berkubang dalam parit, gi layan buah pulasan kat kebun
pancing ikan puyu, gi tadika.. segalanya lah..
termasuklah kena marah ngan Pak Long or Datuk..
hehehe...

Ibun paling tua..
Pi-E paling muda
aku tua sikit dari Pi-E
Ibun, Pak Su, Ehak.. pangkat pakcik
aku, Udin, Piah.. sepupu
Pi-E adik Udin..
semuanya.. selang setahun beza umur..

kengkadang..
kami suka kacau cousins yang pompuan
biasalah.. yang main masak-masak tu

tolong pun.. ye gak
tolong carikan daun, ikan puyu ke
untuk diaorang 'masak'.. hehe

selalunya.. last sekali..
kami suruh diaorang masakkan kami maggi mee
ye la kan.. dan puas sepagian merayau..
lapar la.. so.. bila pegi 'camp' diaorang tu
dapat la makan-makan..
lepas tu sambung merayau lagi..

antara cousins yang pompuan
aku memang ingat pada Ucu..
abah kata.. aku ngan Ucu
lahir sama bulan sama tahun

agaknya.. sebab tu
Ucu baik dan serasi ngan aku
Ucu selalu 'layan' aku
yang lain tu.. garang.. hehe

paling best..
bila kita semua main 'kawin-kawin'
and pastinya aku ngan Ucu
akan 'disandingkan'.. hehe

"di renjis-renjis.. dipilis
ditepungi lah tawar..
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar.."

Thursday, July 13

membina impian

sebelum kami sekeluarga
mula 'jadi' orang kota..
abah yang mula-mula duduk KL..

well.. kisahnya..
masa aku kecik tu.. aku pun tak tau
dan aku pun tak perasan..
bila dah dah belasan tahun..
baru la 'it all clicked'..

masa aku kecik..
masa umur-umur aku nak masuk 6 tahun tu
aku selalu perasan dan ingat..
abah selalu takde.. selang 2 atau 3 hari..
aku tak tau kenapa sangat..

yang aku tau.. aku nangis la..
every times abah nak 'berangkat'
time-time nak senja gitu..

abah tumpang kawan..
ulang alik ke KL..
abah tumpang tinggal rumah kawan
masa time tu...

rupanya..
abah dapat dan dah keje kat KL..
tapi tak mampu nak bawak kami sekeluarga lagi
ye la kan.. gaji kecik.. nak cari umah segala lagi..

jadinya.. aku ingat..
bila aku selalu tanya abah..
time senja-senja tu
time abah nak berangkat tu..

"abah nak gi mana?" aku tanya..
abah selalunya akan jawab..
"abah nak gi keje.. abah nak buat rumah..."

masa tu.. aku ingat ke
abah aku keje buruh kontrak..
(abah keje Penolong Juru Foto..
kat Jabatan Pendaftaran Negara, PJ)

dan rupanya.. ianya apa abah cakap tu
adalah kiasan....
yang dia sebenarnya sedang kumpul duit
yang dia sebenarnya tengah bertungkus-lumus kerja overtime
yang dia sebenarnya terpaksa ikat perut..
supaya cepat banyak duit..
untuk boleh sewa rumah kat KL..
supaya kami sekeluarga.. semuanya dapat bersama dia
hidup di kota.. jadi orang kota..

memang hati abah.. bukan nak keje kampung..
mungkin di hati nya ketika tu..
dia tak nak duduk kampung selamanya..

abah juga nak jadi perantau
macam abah dia dan datuk dia
yang merantau dari banjarmasin
hingga sampai ke tanah melayu..

demi masa depan...
demi meneruskan kehidupan...
demi impian...

Wednesday, July 12

sahabat saudara

lama jugak aku membesar di kampung..
sampai la umur aku 6 tahun..
kami pindah KL..

sebelum tu.. 2 tahun aku joined tadika
ikut kawan-kawan aku yang lain
(which were mostly either pangkat sepupu or pak sedara)
sebab boring, time pagi-pagi..
member-member semua gi tadika
aku pun merengek selalu agaknya
so, abah masukkan aku ke tadika
join kawan-kawan sekampung aku tu..

tak banyak yang aku ingat
but.. still boleh terimbas..
wajah cikgu ani..
time rehat makan free
then lukis-lukis.. belajar abc
then main ting-ting.. main guli
main congkak atas tanah.. main lastik getah..
zaman early 80s.. mana ada video game and IT segala..
apatah lagi nak menyebutnya..

aku ingat.. selalu lepak rumah pakcik aku
lepas sekolah... nak balik rumah..
kengkadang mak aku tak sempat ambik aku

kengkadang mak ambik..
kalau pagi tu dia gi menoreh
dan lepas jual susu getah
kat Wak Toher
then, berbasikal la kami tengahari tu
balik umah..
tak jauh.. dalam 2 batu..
rempuh hutan celah ladang getah dan kelapa sawit

basikal besar (jenama jaguar rasanya) tu
banyak jasanya.. pada kami..
even we brought that bicycle to KL
dan akhirnya kami jual..

aku ingat.. satu hari
mak kayuh basikal tu..
dah nak sampai umah
tetiba mak dengar aku menjerit
tersepit ngan bilah tayar basikal tu
aku ingat sangat keadaan tu..
anyway.. parut lukanya..
masih ada kat kaki aku ni ha..

kalau mak tak datang tengahari
aku lepak ngan sepupu aku.. sampai petang
makan semua mak long siapkan.. no worries..

layan pancing ikan puyu kat parit
tak pun berkubang terus dalam parit tu
heheh..

(sekarang ni... parit tu dah tak dalam
dan keadaan nya bersemak.. banyak biawak..
tak macam dulu.. jernih.. bersih)

petang je nanti...
abah balik kerja..
aku tunggu bayang vespa putih dia tu
aku tunggu sambil lepak kat bangku
kat kedai pak long aku tu..

abah sampai dari pekan sg. buloh
tempat dia kerja..
agak lewat petang.. jauh oooii..

kengkadang.. abah belikan mainan untuk aku
and aku tau la.. bahawa minggu tu minggu baru dapat gaji..
heheh...

(mak kata.. aku ada seguni mainan kat rumah.. hehe
anak sulung la katakan.. )

aku tak berani lepak umah datuk..
tapi aku selalu usik nenek
time dia beli ikan ngan sayur kat kedai pak long

(umah sebelah je.. but 40 meter jaraknya)

bukan la datuk aku tu garang sangat..
but, dia memang tak banyak cakap..
dia selalu duduk atas kerusi rotan
kat anjung rumah dia tu..

(datuk ngan nenek panggil aku Ali
sebab susah nak sebut nama penuh aku kot
nama aku bukan la pelik sangat
perhaps, tang huruf D tu kot)

balik umah.. mandi air perigi..
ada ikan puyu dalam tu..
(petua orang tua nak halang orang pukau)

ada kolam kecik depan umah aku tu..
abah letak kura-kura dalam dia..
kalau nasib baik.. keluar la dia
dapat la 'layan' kura-kura..

depan umah aku..
pak sedara bapak aku duduk
dan sepupu bapak aku duduk sebelah..
jadinya.. kat kawasan kebun tu
ada la 3 keluarga bersaudara..

aku, Udin, Ehak...

Saturday, July 8

dari kampung

aku tak la ingat sangat..
banyak bende time aku kecik dulu..
but.. the precious few moments
tetap tergiang-giang gak kengkadang tu..

aku dulu..
start dari kampung
mak ngan abah.. duduk kampung
abah keje macam-macam
dari amik upah banting padi
dari amik upah toreh getah kat kebun orang
dari jadi kerani kat pejabat persatuan peladang
dari itu ini.. begitu begini..
sehingga la sekarang..

mak aku lak..
tak pernah keje.. per se
tapi pernah la 'teman' abah keje
pernah la keje kilang sekejap..
gitu gitu la..
but, yang paling 'lama'
is being the DO - dapur opiser to my family
hehe...

abah.. memang tak pernah jawat jawatan 'tinggi'
keje gomen.. start dari bawah..
dari SRP pun cukup makan
dari SPM pun tak lepas
last sekali (after 3 attempts)
lulus ga.. pangkat 3..

tu yang dapat keje kat opis
tu yang dapat keje 'bawah air-cond' tu
tidak kalu.. rasanya.. kami masih duduk kat kampung tu
and tetap dalam sektor 'pertanian'..

abah dapat lulus SPM tu
baru la merasa pakai motor
motor vespa.. vroomm vroom..
warna putih.. then re-coloured jadi biru..
then lastly jual gak.. masa kat KL..

masa kat kampung..
lepas abah ngan mak kawin
(allahyarham) datuk.. bapak abah aku..
bagi duduk rumah kat one of his kebun..
actually.. suruh usahakan kebun tu
tapi.. abah aku ni.. rasanya..
memang bukan hatinya kat kebun tu..
hehe..

then.. datuk suruh uruskan kedai runcit kecik dia
pun.. tak jadi gak.. abah serah bagi adik dia..
(now dah besar dah kedai tu)

abah aku ni..
'serasi' keje makan gaji gak akhirnya..

Sunday, July 2

the turning point

aku pun heran gak sebenarnya..
mana datang.. tetiba je..
rasa nak 'bersungguh-sunguh'
into this blog thingy..

mungkin.. malam semalam kot
time roller-blading..
sambil layan lagu-lagu melayu jiwang lama
and i think lagu kumpulan iklim - bukan niatku
yang buat 'mood and feel' tu datang..

i told myself that..
i think it would be worth it
for me to start blogging.. 'properly'
a written story of my own life

nevertheless.. here i am..

di sini bermula


semalam, hari ini, esok..

hari ini bermulanya semalam
esok bermulanya hari ini
semalam adalah hari ini esok

coretan ku yang pertama...