Tuesday, June 9

tinggi rendah

ada sorang Che'gu
(member aku nama Ciki yang selalu guna
dan mempopularkan ganti nama tersebut)
orang Melaka, time tu belum kawin lagi
ajar subjek Geografi a.k.a. Ilmu Alam
namanya Cikgu Awaludin

masa zaman Cikgu Awaludin
jadi warden asrama blok D
dia pakai motor Honda Raider
colour Putih belang Biru

powerrr motor ni
zaman tu la.. hehehe
sama power dengan Honda RXS dan RXZ..
vromm vrommmmmm...

yang aku 'suka' tengok..
kejadian yang selalunya berlaku hari Jumaat..
sambil-sambil tunggu loceng bunyi
untuk semua orang turun
berbaris nak ke masjid
untuk sembahyang Jumaat..

apa bende nya ?

gini ceritanya..
kalau korang perasan....
Cikgu Awaluk ni (nama glamer lagi)
'ketinggian' dia agak kurang..
tapinya.. motor Honda tu tinggi

jadinya..
dia selalu 'stand' kan motor dia tu
stand tegak.. bukan stand sendeng/senget..

yang lawaknya..
bila dia nak turunkan stand motor tu..
kekeke...

dia akan naik dulu motor tu
hidupkan enjin motor tu
then.. bila enjin dah idup
masuk gear 1..
bergerak la motor tu depan
stand tu pun jatuh..

hehehe..

(agaknya... kalau yang pernah pakai motor
atau pernah perasan/layan keadaan ni je
yang akan paham lawaknya.. kekeke)

satu lagi..
trademark dia..
adalah bila dia tengah mengajar...
tengah-tengah bercakap tu..
dia suka berdengus.. "hmmhhgghh"
(susah aku nak eja..)
tapi kalau kalau perasan.. korang tau la..

se lagi..
tengah mengajar..
perkataan yang dia selalu sebut..
is.. 'pendek kata...'

nak tersembur aku tahan gelak..
setiap kali dia sebut tu...

hehe..

apapun..
thank you pada Cikgu Awaluddin
sebabkan dia, aku suka nengok peta
;)

Saturday, June 6

makan jalan

masa zaman form 1..
masa setahun jagung

time rehat kat sekolah..
aku tengah bagus punya beratur
nak beli nasik lemok ngan kepok 2..
(samah + 2 poseng = 70 sen)

tetiba..
ada satu suara memanggil..
sayup sayup bunyinya
nun dari empunya diri..
seorang senior form 3
yang sedang bersantai
dengan awok-awok form 3 dia yang lain..

dia panggil.. "Jonggg.. mari jak.."

(Jong = John + g)
(G = adalah bunyi dengung yang ditambah
dalam loghat ganu, untuk perkataan yang hujungnya N dan M)

(Jong = panggilan kepada seseorang
kalau kat KL, kan orang guna Mat, Joe)


aku pun pegi la..
sebab memang tak leh mengelak dah..

dia kata.. "mung nok gi bbeli ?"

aku pun angguk..

dia berkata lagi..

"mung gi bbeli ke aku
nasi lemok ngan telor se..
kepok 2 batang.. air sirak se.."

then..
dia hulur duit.. RM 0.50
(samah = sekeleng 50 seng)

aku pun kira-kira
apa yang dia order tadi..
semuanya jadi RM 1 harganya..

"bang.. mana cukup ni ?".. ujar ku

dia pun balas..
"tak cukup?... tak pe.. nah.. ambik ni.."
sambil menghulurkan satu kad

kad apa?

telefon kad uniphone
yang dah abis credit pun...

dia herdik aku.. seraya berkata..
"kalu pitih tadi dok cukup..
mung tunjuk kad tu.. ke mokcik kating tu..
sureee boleh punya la.... "

well..
aku tau dah maknanya tu..

aku kena la tambah duit sendiri..

hmmmmmm...
tak makan la (lagi) aku time rehat hari tu..

c' est la vie...
it's beautiful nevertheless...

tibanya di sini

aku tak berapa ingat.. (sumpah)
(cuma yang pasti, minggu pertama bulan Januari)
tarikh aku daftarkan diri
kat Sekolah Menengah Sains Dungun
Dungun, Terengganu

yepp...
punyalah jauh aku kene merantau
kene tinggalkan mak abah, adik-adik
saudara-mara, sahabat handai
dari barat ke timur
demi menimba ilmu
demi menentukan masa depan

sayu dan terharu
dari Gombak ke Dungun
entah berapa kali kami berhenti
Pakcik Ili (bapak sedara Piah) yang drive kereta
kami sekeluarga naik naik Honda Accord putih
Pak Long (along abah) yang punya

setelah hampir 10 jam
dari tengah malam, menempih subuh
lebih kurang jam 9pagi
tibalah kami kat depan sekolah

seingat-ingat aku
memang huru-hara gak suasana
beratus orang dan keadaan

ye la kan..
yang mendaftar, ada la around 120 orang
semuanya form/tingkatan 1
campur parents, siblings, et cetera
penuh segala ceruk sekolah tu

aku tak ingat sangat apa yang telah terjadi
but among others;
aku didaftarkan ke Kelas 1D (dalton)
blok asrama (sukan juga) Megat Kembar Ali (MKA)
bilik 1C1 (blok MKA = blok C)

dapat je locker
mak ngan abah yang ajar dan buat
macam-macam serba-serbi
i.e. gantung baju, letak kasut, buku
mangga kunci, toiletries

lepas tu, dah dengar ceramah, taklimat dan janji
cikgu-cikgi kat dewan besar tu
semuanya bersurai dan menuju haluan sendiri

ada yang goodbye kat there and then
ada yang melalak kat situ gak
ada yang macam-macam

mau ye tak..
nak berpisah dari ketiak mak ni
nak hidup berdikari kisahnya
nak tinggal berjauhan, sendirian

hmmm..
aku sendiri, time tu
memang tak nangis, sayu yes, sedih memang
but, tak sampai rasac nangis lagi

nanti aku cerita..
bab aku nangis
:P

apapun..
yang aku heran tu..
punyalah banyakkk sekolah asrama
kat seluruh Malaysia tu
why SMS Dungun?

hmm..
aku rasa la... antara sebabnya
adalah.. kenan.. ke A. Mamud

A. Mamud
adalah watak dalam Majalah Gila-Gila
(majalah lawak dulu.. macam Ujang time ni
seangkatan dengan Gelihati dan Batu Api)
nama siri nya.. adalah Lagak A. Mamud
dia ni.. pakai skuter.. rambung jambul

aku cukup suka dan kumpul majalah Gila-Gila
rasanya.. dulu.. (till aku darjah 6)
aku ada semuanya.. koleksi/edisi setiap minggu

hence.. mungkin sebab tu kot
aku kene ke Dungun.. Terengganu
:)

anyhow...
di sini.. bermulanya...

Friday, June 5

hmmm...

agak tenat gak
otak aku nak ingat balik semula
and nak nukil kisah lama-lama ni
especially yang zaman sebelum akhil baligh

hmm...
nanti, kalau aku ingat lagi
aku sambung cerita bab tu
for now, aku sambung dengan hikayat
masa aku dah masuk sekolah asrama / menengah

layan je la yek!