Monday, December 1

basikal ku

aku lupa bila exactly
aku start belajar bawak basikal
aku mula pandai berbasikal

tapinya.. yang aku ingat
aku belajar kat kampung
pakai basikal Piah kot

mula dengan 4 roda la, of course
but, tak lama.. dalam 2,3 jam..
tarusss.. full course..
2 tayar je... hehe

tapinya.. yang aku paling ingat
dan tak leh lupa
ada satu time.. masa darjah 5
abah ada belikan aku
basikal BMX.. warna biru.. brand Shimano

perghhhh.. glamour wooo time tu..

tapinya..
nak dijadikan hikayat
pada satu hari tu..
aku bangun je pagi
nak gi sekolah la hajatnya..

tup tup..
uwaaaaaaaaa
basikal aku hilang !
basikal aku kena curi !
tidakkkkkk!

puas aku round keliling flat tu
cari basikal aku tu
kot-kot aku tersalah letak ke..

aku memang kunci ngan mangga-lilit tu
aku memang selalu letak kat tepi pagar tu
binaweiiiii!

aku rasa la..
and memang aku cam sesangat
memang member sekumpulan-BMX aku gak
yang menajdi malingnya
hampeh!

kumpulan BMX Taman Melati aku tu
tak la glamer or hebat sangat
but, kami sempat la merasa dan join
annual (time tu) tournament BMX
kat Tmn Tasik Titiwangsa

kami selalunya training
i.e. buat dan belajar aksi stunt
kat atas bukit kat kawasan perumahan Tmn Melati
bukit tu luas dan beralun
sebab developer tengah tarah
untuk buat flat baru

kengkadang..
ada la group bmx
dari taman-taman perumahan berhampiran yang lain
i.e. Tmn Ibu Kota, Tmn Melawati, Tmn Perwira
yang 'ajak' test power

pergghhh.. thrill wooo

kene prepare and training
kene buat modification kat bmx
kene beli spare-part baru
i.e. yg aku masih ingat;
bodynya mesti chrome, skyline
breknya, mesti branded, araya

apapun.. yang aku pa;ing boring
adalah selepas BMX aku tu hilang
abah aku pun belikan basikal ganti

basikal apa?

hmmm..
basikal pompuan
argghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

warna biru, ada raga bakul kat depan siap
loceng kring-kring pun ada
tempat duduk tambah kat belakang pun ada

sampai hati :(

basikal tu, kalau mengikut cerita sebenarnya
adalah untuk aku gi sekolah
and carry adik aku sekali

hmmm.. for the record
yup! aku memang bawak gi sekolah
basikal yang 'glamer' tu
and sempat la kene gelak guling
ngan member sekelas lain

lepas 3 hari
aku pun passed basikal tu balik
kat abah aku

aku lebih rela
jalan kaki je ke sekolah
biarpun jarak 2 batu
biarpun panas atau hujan
janji 'macho' !

siot punya pencuri!!!!