Thursday, December 28

selamat hari lahir abah !

yang ke berapa yek?
hehe..

muda lagi abah aku ni..
kahwin pun muda..
mak lagi la muda..
hehe..

asked my sister
to buy abah minyak wangi
gave her some money
suruh beli yang branded sikit
alih-alih.. dia beli body shop la plak..
isskhhhh.. nak kena budak sorang ni..
hehehe

apapun
selamat hari lahir, bah !
semoga panjang umur
dan dimurahkan rezeki

Thursday, December 21

cuti sekolah

musim cuti sekolah.. masa time tahuan 80an dulu
kalau cuti hujung tahun tu
was about 11 weeks tak salah aku..

pergghhhhhh...

last day sekolah sebelum cuti tu
surely sekolah ada buat macam gathering
semua pelajar bawak pot-luck
makanan/kuih from rumah.. sorang sikit..

then... bawak ke kelas.. atur meja..
susun la makanan/kuih tadi tu atas meja..
nampak banyak betull..
kiranya.. farewell party la..

ye la kan.. nak 'berpisah' lama ni..
11 minggu.. hehe..

tapi.. yang sedih dan memang sayu..
adalah untuk kelas-kelas darjah enam..

well.. masuk tahun baru nanti
nak masuk Tingkatan Satu
nak masuk Sekolah Menengah
nak kena pakai baju sekolah warna lain
nak ke sekolah lain..
nak jumpa cikgu-cikgu lain lak..
nak jumpa kawan-kawan baru dan lain lak..

dan yang paling sedih..
adalah berpisah dengan kawan-kawan
sejak dari umur 7 tahun hingga ke 12 tahun
itulah kawan ketawa gembira, sedih berduka
dari zaman budak hingusan hingga akhil baligh..
hehehe...

kalau nak ingat-ingat semula..
aku boleh terbayang lagi iras wajah dan muka
beberapa orang kawan-kawan sekolah rendah aku tu
yang kami betul-betul sahabat baik..
rakan sekelas, sepasukan, sekawasan,
seterjunan lombong, selumbaan basikal..
hehehe..

cerita pasal farewell party tadi..
pelbagai kuih-muih dan jenis makanan ada..
dan aku selalu teringat yang abah aku selalu 'usik'
dia kata... 'ni kuih ni.. bukan untuk kawan makan,
tapi cikgu yang nak rasa..'
hehe..

apapun..
memang kita budak sekolah ni..
bawak juadah tu nak tunjuk pada cikgu
dan sebab cikgu 'suruh' ye gak.. hehe
especially.. kalau party yang time Hari Guru

semua pelajar..
macam nak tunjuk and bagi cikgu-cikgu kesayangan dia
makan kuih or juadah yang dia bawak..

ada tu yang bawak yang mak dia masak..
ada tu yang sebut kata pada cikgu lelaki;
'yang ni kakak saya buat cikgu..'
hehe... kecik-kecik dah pandai 'politik' yek..

lepas je cuti sekolah berminggu-minggu tu
time nak masuk sekolah balik, lepas cuti tahun baru
rasanya.. semua orang dah tak macam orang..
heheh.. ye la kan.. cuti kan main punya panjang

and selalunya.. ada diberikan keje sekolah
untuk dibuat dan diselesaikan masa cuti
kononnya mengisi kelapangan.. kekekeke
tapinya... lapang memang lapang..
padang bola tu yang lagi lapang...
kerja rumah tu akan dibuat time last minute jugak..

apapun.. time cuti sekolah..
memang time yang paling best dalam dunia..

entah di manakah kawan-kawan lama aku tu
entah di manalah cikgu-cikgu lama aku tu
entah apakah khabar mereka?

terima kasih sahabat.. terima kasih cikgu..