Saturday, July 4

jejak bertapak

kenkadang..
sebab hujan or sebab sendiri yg basuh lambat
kasut sekolah, sampai malam tak kering lagi

and itu je la kasut satu
so, kena la jemur kasut tu belakang vending machine

time pukul 9pm letak, ada kasut kita je..
esok pagi bangun, 20 pasang ada kat situ

satu tips time tu nak kasik cepat kering lagi
letak surat khabar dalam kasut.. klasik!

kalau baju /seluar sekolah pulak
gantung kat kipas dalam bilik prep
kelajuan kipas kena betul..
takut nanti melayang lak..

selipar jepun atau sandal...
baru beli kat Pasar Raya Salwa
time keluar bandar tadi
tulis namaaa.. karang hilang karang..
hehehe

apapun, kalau tak sorok or letak pot yg bagus
bila pegi surau je... hmm, tiga hari je la riwayat
hari keempat, biru sebelah merah sebelah...
another klasik..

aaaaaaa...
ada satu lagi kisah..
pada empunya diri..
aku mintak maaf la..
ini just for the sake of memory...
sori bro..

begini.....
dulu.. masa form 1 form 2
kami ada sistem hantar dobi
so, semua orang boleh hantar
every monday and thurday rasanya
kumpul satu bundle
and sapa yang join
yuran asrama dia monthly lebih rm 10 kot

so, bagi mengelak baju hilang
apabila bundle tu dipulang kelak
sapa yang nak hantar
selalunya akan tulis nama pada pakaian tu
kalau kain pelikat or batik, senang la...
seluar pun senang lagi,
tulis nama sebelah dalam seluar

yang ceritanya.. baju sekolah...
selain tulis kat ujung baju,
or sides yg tersembunyi
biasanya kita tulis nama
kat belakang kolar baju tu..
but, yang sebelah dalam la...

sahabat ku NAIM
(ketua kelas 1 dalton,
yg kemudiannya digulingkan
blok D, dorm 1D1)
dia dah silapppppp

dia tulis sebelah luar kolar..
bukan kecik punya tulisan lak tu
and dia tak kira, dia pakai jugak baju tuuu
bayangggkannnnn... hari-hari...
dari jauh, dah nampak tulisan tu...

yang terakhir dalam siri ni
(dah panjang berjela dah ni)
kalau time bila mak PEDAL
hantar kuih/makanan untuk dia kat asrama
naik kereta toyota lama warna biru
plate kereta BAJ something

bila nampak je kereta ni sampai asrama...
'kaum kerabat' lain semua akan tunggu sama
menyorok kat bilik prep
nak 'cukai' la.. apa lagi..

bayangkan... ada satu kali tu...
kereta BAJ tu.. baruuuu je meninggalkan asrama
tak sempat lepas pun pagar pintu depan sekolah
yang jauhnya lebih kurang 500 meter
abisss dah makanan/buah/kuih
(yang sepatutnya untuk PEDAL sorang je)
dibaham dek kaum kerabat
yang dah lama dan tabah menunggu ni..

sesungguhnya...
ampun maaf dan mohon dihalalkan jua
aminn...

garpu maggi

masa kat asrama dulu..
paling naya and seksa
adalah bila nak balun makan maggi

kalau nak aman.. nak kenyang
kena la makan dalam locker...

berbekalkan lampu torchlight kecik..
(kengkadang tu dalam gelap)
tutup locker.. bayangkaannnn???
hehe...

tapinya.. macammana pun
akan kantoi jugak...
and akan kena cukai gak maggi tu
kantoi kalu.. sure bengkeeekkkk je muka...

sambung pasal maggi tadi,
tambah haru lagi, kengkadang tu
garpu takde, sudu takde...

nak pinjam member...
sure dia tau and suspect kita nak pelahap maggi

so, untuk mengelak kena cukai
pakai pen kilometrico dua batang
buat chopstik.. slurrpppppppp

Friday, July 3

pelik tapi benar

ada satu musim masa aku form 5...
kawan aku, MAT BO, gila dye baju..
abisss baju putih dia dye/print/lukis
macam-macam corak/design/pattern..

ada satu hari, masa spot-check pagi sabtu
cikgu Hakim (warden Blok C time tu)
bukak locker dia... tup-tup...
ada tiga helai je bende dalam locker dia
satu baju sekolah.. satu seluar sekolah
and satu baju t-shirt.. yang colour nya
entah, tak tau aku nak sebut colour apa..
pasal?? dah berapa kali kena dyed....

dorm 2C2.. diketuai (arwah) JONG PEDI
tiap kali dorm juniors buat bising je
wakil dorm tu.. akan dipanggil mengadap
and hukumannya adalah..
esok bila keluar bandar..
sila belikan majalah gila-gila, gelihati, etc
untuk dorm 2C2...

duit?..
sendiri mau ingat laaaa....
pandai pandai la korang kumpul antara ahli dorm tu...
ini adalah sempena menyahut sahutan
cikgu Osman bin Omar a.k. Cikgu OBO.. cikgu BM..
untuk pelajar amalkan budaya membaca...
kekeke

Tuesday, June 9

tinggi rendah

ada sorang Che'gu
(member aku nama Ciki yang selalu guna
dan mempopularkan ganti nama tersebut)
orang Melaka, time tu belum kawin lagi
ajar subjek Geografi a.k.a. Ilmu Alam
namanya Cikgu Awaludin

masa zaman Cikgu Awaludin
jadi warden asrama blok D
dia pakai motor Honda Raider
colour Putih belang Biru

powerrr motor ni
zaman tu la.. hehehe
sama power dengan Honda RXS dan RXZ..
vromm vrommmmmm...

yang aku 'suka' tengok..
kejadian yang selalunya berlaku hari Jumaat..
sambil-sambil tunggu loceng bunyi
untuk semua orang turun
berbaris nak ke masjid
untuk sembahyang Jumaat..

apa bende nya ?

gini ceritanya..
kalau korang perasan....
Cikgu Awaluk ni (nama glamer lagi)
'ketinggian' dia agak kurang..
tapinya.. motor Honda tu tinggi

jadinya..
dia selalu 'stand' kan motor dia tu
stand tegak.. bukan stand sendeng/senget..

yang lawaknya..
bila dia nak turunkan stand motor tu..
kekeke...

dia akan naik dulu motor tu
hidupkan enjin motor tu
then.. bila enjin dah idup
masuk gear 1..
bergerak la motor tu depan
stand tu pun jatuh..

hehehe..

(agaknya... kalau yang pernah pakai motor
atau pernah perasan/layan keadaan ni je
yang akan paham lawaknya.. kekeke)

satu lagi..
trademark dia..
adalah bila dia tengah mengajar...
tengah-tengah bercakap tu..
dia suka berdengus.. "hmmhhgghh"
(susah aku nak eja..)
tapi kalau kalau perasan.. korang tau la..

se lagi..
tengah mengajar..
perkataan yang dia selalu sebut..
is.. 'pendek kata...'

nak tersembur aku tahan gelak..
setiap kali dia sebut tu...

hehe..

apapun..
thank you pada Cikgu Awaluddin
sebabkan dia, aku suka nengok peta
;)

Saturday, June 6

makan jalan

masa zaman form 1..
masa setahun jagung

time rehat kat sekolah..
aku tengah bagus punya beratur
nak beli nasik lemok ngan kepok 2..
(samah + 2 poseng = 70 sen)

tetiba..
ada satu suara memanggil..
sayup sayup bunyinya
nun dari empunya diri..
seorang senior form 3
yang sedang bersantai
dengan awok-awok form 3 dia yang lain..

dia panggil.. "Jonggg.. mari jak.."

(Jong = John + g)
(G = adalah bunyi dengung yang ditambah
dalam loghat ganu, untuk perkataan yang hujungnya N dan M)

(Jong = panggilan kepada seseorang
kalau kat KL, kan orang guna Mat, Joe)


aku pun pegi la..
sebab memang tak leh mengelak dah..

dia kata.. "mung nok gi bbeli ?"

aku pun angguk..

dia berkata lagi..

"mung gi bbeli ke aku
nasi lemok ngan telor se..
kepok 2 batang.. air sirak se.."

then..
dia hulur duit.. RM 0.50
(samah = sekeleng 50 seng)

aku pun kira-kira
apa yang dia order tadi..
semuanya jadi RM 1 harganya..

"bang.. mana cukup ni ?".. ujar ku

dia pun balas..
"tak cukup?... tak pe.. nah.. ambik ni.."
sambil menghulurkan satu kad

kad apa?

telefon kad uniphone
yang dah abis credit pun...

dia herdik aku.. seraya berkata..
"kalu pitih tadi dok cukup..
mung tunjuk kad tu.. ke mokcik kating tu..
sureee boleh punya la.... "

well..
aku tau dah maknanya tu..

aku kena la tambah duit sendiri..

hmmmmmm...
tak makan la (lagi) aku time rehat hari tu..

c' est la vie...
it's beautiful nevertheless...

tibanya di sini

aku tak berapa ingat.. (sumpah)
(cuma yang pasti, minggu pertama bulan Januari)
tarikh aku daftarkan diri
kat Sekolah Menengah Sains Dungun
Dungun, Terengganu

yepp...
punyalah jauh aku kene merantau
kene tinggalkan mak abah, adik-adik
saudara-mara, sahabat handai
dari barat ke timur
demi menimba ilmu
demi menentukan masa depan

sayu dan terharu
dari Gombak ke Dungun
entah berapa kali kami berhenti
Pakcik Ili (bapak sedara Piah) yang drive kereta
kami sekeluarga naik naik Honda Accord putih
Pak Long (along abah) yang punya

setelah hampir 10 jam
dari tengah malam, menempih subuh
lebih kurang jam 9pagi
tibalah kami kat depan sekolah

seingat-ingat aku
memang huru-hara gak suasana
beratus orang dan keadaan

ye la kan..
yang mendaftar, ada la around 120 orang
semuanya form/tingkatan 1
campur parents, siblings, et cetera
penuh segala ceruk sekolah tu

aku tak ingat sangat apa yang telah terjadi
but among others;
aku didaftarkan ke Kelas 1D (dalton)
blok asrama (sukan juga) Megat Kembar Ali (MKA)
bilik 1C1 (blok MKA = blok C)

dapat je locker
mak ngan abah yang ajar dan buat
macam-macam serba-serbi
i.e. gantung baju, letak kasut, buku
mangga kunci, toiletries

lepas tu, dah dengar ceramah, taklimat dan janji
cikgu-cikgi kat dewan besar tu
semuanya bersurai dan menuju haluan sendiri

ada yang goodbye kat there and then
ada yang melalak kat situ gak
ada yang macam-macam

mau ye tak..
nak berpisah dari ketiak mak ni
nak hidup berdikari kisahnya
nak tinggal berjauhan, sendirian

hmmm..
aku sendiri, time tu
memang tak nangis, sayu yes, sedih memang
but, tak sampai rasac nangis lagi

nanti aku cerita..
bab aku nangis
:P

apapun..
yang aku heran tu..
punyalah banyakkk sekolah asrama
kat seluruh Malaysia tu
why SMS Dungun?

hmm..
aku rasa la... antara sebabnya
adalah.. kenan.. ke A. Mamud

A. Mamud
adalah watak dalam Majalah Gila-Gila
(majalah lawak dulu.. macam Ujang time ni
seangkatan dengan Gelihati dan Batu Api)
nama siri nya.. adalah Lagak A. Mamud
dia ni.. pakai skuter.. rambung jambul

aku cukup suka dan kumpul majalah Gila-Gila
rasanya.. dulu.. (till aku darjah 6)
aku ada semuanya.. koleksi/edisi setiap minggu

hence.. mungkin sebab tu kot
aku kene ke Dungun.. Terengganu
:)

anyhow...
di sini.. bermulanya...

Friday, June 5

hmmm...

agak tenat gak
otak aku nak ingat balik semula
and nak nukil kisah lama-lama ni
especially yang zaman sebelum akhil baligh

hmm...
nanti, kalau aku ingat lagi
aku sambung cerita bab tu
for now, aku sambung dengan hikayat
masa aku dah masuk sekolah asrama / menengah

layan je la yek!

Thursday, April 30

sejuk gigi

masa kecik-kecik dulu
memang ligat aku ke sana sini
memang lincah aku buat itu ini
hence, selalu la gak cepat haus dan dahaga
:)

masa zaman dulu
aku suka gak la makan aiskrim
ye la kan.. mana ada budak kecik tak suka
ice or cream, something yang sejuk dan manis

antara yang aku masih ingat
dan masih menjadi idaman
and kalaulah ada lagi zaman ni
(masih ku cuba mencari-tercari
kot-kot ada terjual kat memana)
beberapa brand/jenis yang aku pun tak pasti
tapinya, memang aku ingat rupanya lagi

satu..
aiskrim ni harganya 20 sen (time tu)
bentuk U standard biasa
separuh (atas) warna coklat
separuh (bawah) perasa durian
perghhhhhh....

dua..
aiskrim potong diberi nama
harga seposen murah je
warna merah ada kekacang juga
empat segi panjang tak terasa
perghhhhh...

tiga..
aiskrim kotak harga 50 sen
perasa coklat menjadi favourite
semua budak memang suka cokelat kan?
tapi memang jarang la boleh rasa
mahal kayyy...

empat..
paling murah and senang
aiskrim batang or aiskrim malaysia
seposen je, di mana-mana jua

selain tu..
paling standard time tu
is ais-kepal

ye la kan
nak jual ABC (ais batu campur)
yang full set (penuh isi segala)
pada bebudak sekolah rendah ni
manaaa la larat nak beli kalau rege lebih 2 posen
hence, ais-kepal ni, cuma ada ais and syrup merah je
masuk bungkus dalam plastik putih kecik tu
bebudak ni pun kepalkan, jadi cam batu, and isap
perrrgghhhhh...

kira abis meleleh and panjang budak beratur gak
jenuh gak la mamak/makcik tu nak parut ais batu tu
campur lak ngan peluh from lengan
pergghh.. tu yang tak tido malam tu

ada lagi yang aku geram nak makan
tak pasti ada lagi tak terjual
kat memana kedai

buah sengkuang!

ianya dipotong berlapis
setebal buku sains paduan
putih, sejuk, fresh
letak sos merah buatan sendiri
then tabur kacang hancur atasnya
dijual seposen je rasanya
perghhhhhhh....

Monday, December 1

basikal ku

aku lupa bila exactly
aku start belajar bawak basikal
aku mula pandai berbasikal

tapinya.. yang aku ingat
aku belajar kat kampung
pakai basikal Piah kot

mula dengan 4 roda la, of course
but, tak lama.. dalam 2,3 jam..
tarusss.. full course..
2 tayar je... hehe

tapinya.. yang aku paling ingat
dan tak leh lupa
ada satu time.. masa darjah 5
abah ada belikan aku
basikal BMX.. warna biru.. brand Shimano

perghhhh.. glamour wooo time tu..

tapinya..
nak dijadikan hikayat
pada satu hari tu..
aku bangun je pagi
nak gi sekolah la hajatnya..

tup tup..
uwaaaaaaaaa
basikal aku hilang !
basikal aku kena curi !
tidakkkkkk!

puas aku round keliling flat tu
cari basikal aku tu
kot-kot aku tersalah letak ke..

aku memang kunci ngan mangga-lilit tu
aku memang selalu letak kat tepi pagar tu
binaweiiiii!

aku rasa la..
and memang aku cam sesangat
memang member sekumpulan-BMX aku gak
yang menajdi malingnya
hampeh!

kumpulan BMX Taman Melati aku tu
tak la glamer or hebat sangat
but, kami sempat la merasa dan join
annual (time tu) tournament BMX
kat Tmn Tasik Titiwangsa

kami selalunya training
i.e. buat dan belajar aksi stunt
kat atas bukit kat kawasan perumahan Tmn Melati
bukit tu luas dan beralun
sebab developer tengah tarah
untuk buat flat baru

kengkadang..
ada la group bmx
dari taman-taman perumahan berhampiran yang lain
i.e. Tmn Ibu Kota, Tmn Melawati, Tmn Perwira
yang 'ajak' test power

pergghhh.. thrill wooo

kene prepare and training
kene buat modification kat bmx
kene beli spare-part baru
i.e. yg aku masih ingat;
bodynya mesti chrome, skyline
breknya, mesti branded, araya

apapun.. yang aku pa;ing boring
adalah selepas BMX aku tu hilang
abah aku pun belikan basikal ganti

basikal apa?

hmmm..
basikal pompuan
argghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

warna biru, ada raga bakul kat depan siap
loceng kring-kring pun ada
tempat duduk tambah kat belakang pun ada

sampai hati :(

basikal tu, kalau mengikut cerita sebenarnya
adalah untuk aku gi sekolah
and carry adik aku sekali

hmmm.. for the record
yup! aku memang bawak gi sekolah
basikal yang 'glamer' tu
and sempat la kene gelak guling
ngan member sekelas lain

lepas 3 hari
aku pun passed basikal tu balik
kat abah aku

aku lebih rela
jalan kaki je ke sekolah
biarpun jarak 2 batu
biarpun panas atau hujan
janji 'macho' !

siot punya pencuri!!!!

Sunday, May 27

sayang mak

since pindah ke Taman Melati
since kami dah tiga beradik ni
mak ngan abah memang kena cari rezeki lebih

gaji abah time tu...
tak besar mana, tak kecik mana
boleh la pakai motor vespa
boleh la sekolahkan aku ngan angah
boleh la lepas makan-pakai kami sekeluarga

abah selalu tunjukkan
slip gaji bulanan dia kat aku
oleh sebab tu jugak, indirectly
(walaupun tak la reti mana nak nilai time tu)
aku paham jugak la tentang betapa susah nak cari duit ni

apapun..
mak mula berjimat cermat sikit
ye la kan.. now dah duduk rumah baru, rumah flet
besar space, besar keluarga, besarlah belanja

mak jugak mula buat bende sambilan
untuk bantu abah punya income
i.e. jual kuih, amik upah jaga anak jiran

bab jual kuih-muih ni
aku masih ingat.. betapa peritya
orang nak meniaga ni

malam sebelumnya.. dah kena prepare bahan-bahan
lepas subuh.. dah kena start gaul dan uli
by tengahari dah kena siap masak
by petang dah kena siap sepenuhnya

antara kuih yang mak buat
karipap, laksa, kuih boom, kuih badak berendam
pulut panggang, kuih cincin, kuih ketayap
dan ada beberapa lagi.. (aku tak ingat namanya..)

mak buat kuih je.. tak jual..
separuh kuih tu.. orang amik petang nya..
untuk jualkan kat kedai mereka
separuh lagi.. abah bawak pagi-pagi
untuk letak kat satu kantin sekolah dekat ngan opis abah
yang mana caterer kantin tu.. makcik aku (adik mak) gak..

yang tak syoknya.. aku kena tolong..
hehe.. antaranya..
golekkan kuih boom (golek bagi kena bijan)
letakkan lidi (untuk pulut panggang)
masukkan inti kelapa (dalam adunan badak berendam)
dan beberapa lagi le..

yang aku boring tu..
pukul 5.. member semua dah kiau
(kiau = panggil, dalam bahasa banjar)
untuk main bola sepak..
adusssss...

tak leh tinggal keje.. kesian kat mak...
but at the same time.. nak main bola ni..
iskkhhh..

so.. aku buat le cepat-cepat..
so.. quality control pun kurang
hehehe.. bijan kat kuih boom tak penuh
kekeke.. inti badak berendam tak balance
hahaha... lidi pulut panggang tak sama panjang

apapun.. selalunya Mak akan lepaskan aku..
by the time pukul 5.. or worst at 6 pm
or by the time member-member dah kiau
(hehe.. aku dulu terer main bola.. orang selalu cari..)

apapun..
terima kasih Mak..
terima kasih Abah..
terima kasih kerana ajar kami
tentang erti dan nilai cari rezeki

Sunday, May 6

sayangkan adik

sebab kami ni nakal dulu..
mak kira 'strict' gak la dulu
ngan aku especially

tapinya..
kalau tak salah ingatan dan tafsiran aku
sejak ada satu insiden ni
mak dah tak garang sangat
or at least.. tak pukul kami dah..
masa tu.. aku darjah 6 kot..

kami dah pindah duduk rumah flet
kat Taman Melati, Gombak
abah jual umah setinggan kat Kg. Bumi Hijau tu
dengan harga 5 ribu tak silapnya..

rumah baru kami tu..
kat tingkat atas sekali, tingkat lima
tapinya.. takde lift.. turun-naik tangga le
kawasan dan flet tu, at that time.. kiranya..
adalah tawaran untuk orang yg dari setinggan
harganya dalam 35 ribu tak silap..

anyway..
ada satu hari tu..
mak marah kat Enoi..
time tu aku ada 2 orang adik dah
Uji ngan Enoi, yang umur dalam 7 dan 3 tahun

mak nak balun Enoi
ngan salur paip getah tu
(aku memang dah selalu kene le.. hehe)

selepas mak pukul Enoi dua tiga kali
lepas Enoi nangis teriak segala
tetiba.. entah mana datangnya kuasa
aku tahan dan pegang salur getah
yang mak nak hayun bedal kat Enoi lagi

dan tetiba jugak..
keluar kata-kata dari mulut aku..
"mak... kalau mak nak pukul..
pukul Along.. jangan pukul Enoi.."

lepas tu..
mak terkedu, mak macam nak nangis..
aku pulak buat muka selamba je rasanya..

pergghhhh...

itu la kot.. seingat aku..
kali terakhir.. mak pukul kami..
maksud aku.. betul punya balun..

lepas tu..
memang la ada pukul-pukul jugak..
tapi.. bukan la balun..


apapun..
aku tetap bersyukur..
dan berterima kasih
dengan cara dan pada Mak

dan aku tak pernah benci mak aku
sebab balun dan pukul aku..
aku tahu.. mak pukul sebab sayang..
dan nak aku jadi orang yang baik dan berdisiplin..

sesungguhnya..
aku bukanlah aku kini
tanpa didikan mak

terima kasih mak !

Saturday, May 5

sayangkan anak

as i said..
aku ni memang agak nakal gak dulu
idok le sampai category jahat
nakal tahap budak biasa je

so..
selalu la jugak
mak pukul / bedal aku

samada guna
batang kayu, penyapu
rotan, rotan bulu ayam
pakai tangan - cubit, piat
kena cili mulut (sebab mencarut)
dan macam-macam jenis alatan lagi la..
aku pun dah tak ingat sangat

tapinya..
yang pasti, tak pernah
'tangan naik ke muka' la
atau pun.. bahsa standardnya
kena penampar...

yang pasti jugak..
most of the time..
mak yang pukul aku
bukan abah..

abah jaranggggg sangat
pukul-pukul ni..
marah dan 'sound' tu
biasa la kan..

agaknya..
sebab abah memang kerja kat opis
so, bende yang terjadi kat umah
kiranya.. mak punya department le
hehe..

apapun..
dalam banyak-banyak kali
aku kena bedal dulu
ada beberapa episod
yang aku tak lupa
dan masih ingat sampai sekarang

yang pertamanya;
masa duduk Kampung Bumi Hijau
rasanya time aku darjah 3 or 4 la kot

masa tu.. ada kenduri kawin
kat rumah jiran aku tu..
jiran dalam 100 meter la jaraknya

so.. macam biasa..
sebagai budak-budak kat kampung tu
aku and beberapa geng aku
tolong la buat itu ini
or kena suruh la ini itu
sebab menggatal sangat nak join..

hehe..

apapun.. lepas time
dah tolong / kena suruh segala tu
tiba la time makan kenduri..

aku and the geng pun
duduk la makan
kat satu meja kat kenduri tu

baik je lepas makan..
sempat la minum air rasanya
aku nampak dari jauh
kat seberang sungai kecil tu
belakang umah orang kenduri tu
kelibat mak, memanggil aku
(kiau, kata orang banjar)
mak aku kiau aku, suruh balik umah rupanya

aku pun.. tak suspek apa-apa
ikut je la mak aku..

rupanya..
lepas 30 meter berjalan
di celah-celah kebun ubi kayu tu
mak aku dah ada satu batang ubi kayu
kat tangan dia rupanya

zassssss !
kena bedal aku kat situ jugak..

rupanya..
mak aku marah kat aku
sebab pegi dan makan kat kenduri tu
dengan hanya pakai pakaian yang tak 'sepatutnya'
i.e. comot dan buat malu mak-abah je

hmmm...
lepas kena bedal entah berapa kali
kat kebun ubi tu, on the way..
sampai ke rumah.. kena lagiii
ngan batang penyapu la plakk..
zappppppp !

aku pun.. of course le..
nangis teriak mintak tolong
bagai nak gila...

"uuuwaaa.. jangan makkkk.. tolonngggg... "

akhirnya..
abah jugak yang 'selamatkan' aku
abah kata kat emak.. "sudah la tu.."
sambil abah bawak aku masuk bilik abah
jauh dari mak, yg membebel kat dapur

tak lama lepas tu..
aku pun tertidor..
ye la kan.. letih tahan sakit

bangun je dari tidur..
abah suruh aku mandi..
katanya, nak bawak aku gi KL..

hmmm.. aku ikutkan je la..

rupanya.. petang tu..
abah bawak aku naik motor vespa dia
memang gi KL.. tengok orang main bola sepak
kat satu padang bola (aku tak ingat namanya)
dekat dengan Hospital Besar, KL tu

petang tu..
ada Mokhtar Dahari, Zainal Abidin
perrgghhhh... live tuuuuu..

abah belikan aku aiskrim
warna dan rasa coklat campur durian
pergghhh...

then.. tetiba..
slow-slow abah bisik kat aku..
"tu la.. lain kali.. jangan buat lagi tau..
kalau nak pegi kenduri tu.. bagitau mak dulu.."

time tu.. aku angguk je..
tak paham sangat..

tapinya.. ada satu hari tu..
time aku dah besar dan abis sekolah
ada sekali tu.. adik aku Amy tu..
buat 'bende yang sama'..
hehe...

baru la aku pahammm..
sebab musababnya..

ye la kan..
nampak selekeh.. baju tak berfesyen..
nanti orang kata.. "anak sapa la tu?"
malu la mak-abah..

tapinya..
adik-adik aku yang lain tu..
tak kena bedal / pukul
seteruk aku kena masa aku kecik dulu

mungkin sebab..
aku anak sulung..
so.. kena la lebih sikit..

ye la kan.. kalau tidak..
camna nak jadi abang
camna nak memimpin adik-adik
tak hero le..

hehe...

Thursday, January 11

nangka bangku

seingat aku.. time aku sekolah rendah dulu..
aku ni nakal jugak la.. bukan jahat..
nerd or ulat buku?.. jauh sekali..

aku berkawan ngan semua orang..
kuat sukan.. boleh tahan gak..
semua sukan aku main and join
kecuali 2 jenis sukan
aku tak suka and tak minat sangat..

satu - hoki - sebab pakai kayu..
(the idea of the kayu kena kaki)
dua - bola tampar - sakit tangan
(selalu lebam dan bengkak)

hehe..

badan aku pun categori
tak la besar, tak la kecik

sebut pasal nakal..
ada satu incident yang berlaku
masa aku darjah 6
yang aku tak leh lupa sampai sekarang

time tu.. tak silap ingatan aku
kami kena buat aktiviti berkumpulan
dalam kelas, bincang-bincang..
subjek sains paduan.. pasal medan magnet kot..

time tu..
aku nak ambik satu kerusi
sebab aku nak join group aku tu
then aku nampak satu kerusi kosong
and aku main tarik je kerusi tu
ingat ke kosong, tak de orang punya

rupa-rupanya, empunya kerusi tu sedang berdiri..
so 'nampak kosong' la kerusi tu..

bila tuan kerusi tu nak duduk balik..
apa lagi.. gedebukkkk !!!
macam nangka jatuh daaa..

mulanya.. semua classmates lain
pakat gelak kat tuan punya kerusi tu
seorang classmate aku.. pompuan lak tu..
and aku tak pernah dan tak akan lupa
namanya... Marliana..

aku tak gelak.. aku tergamam..
sebab not my intention.. aku tak sengaja
sumpahhhhh...

tapi.. bila semua kengkawan lain dalam kelas tu
main bantai gelak tak ingat dunia
so, orang ingat aku sengaja tarik kerusi dia
semua orang ingat aku yang salah
lebih-lebih lagi, geng-geng minah tu yang lain
(mostly prefect lak tu.. ).. adussss...

aku seriously tergamam..
bila tengok dia tahan sakit
bayangkan la.. dia saiz agak.. ehem.. genit..
jadinya.. bila jatuh gedebuk gitu..
Allah saje la yang tau..

cikgu kelas kami takde masa tu..
so, bila masa orang gelak-gelak tu
bunyi kecoh ya ampunnn..

sampai geng kelas lain/sebelah pun
datang kelas aku tu.. 'tumpang' sekaki
sama-sama gelak.. or.. sama-sama join marah kat aku

Marliana pun dipimpin bangun
oleh kengkawan pompuan yang lain
sakit kat bahagian pinggang dan pinggul dia
memang nampak ketara.. dia tak leh jalan..

yang kengkawan boys lain.. dok sakat aku..
"abis la.. dia lumpuh tu karang"
"mampus la kau.. kena buang sekolah.."

gulppp !

mereka pun pimpin dia ke bilik rehat
bilik rehat tu lak.. sebelah bilik solat
bilik solat tu lak.. sebelah bilik guru..
pergghh... abissss aku..

tak lama lepas tu..
Cikgu Tan.. cikgu kelas aku.. cikgu badminton aku..
pun masuk la kelas.. tanya aku.. tanya orang lain..
apa yang sebenarnya terjadi..

aku masih tergamam.. tak tau apa nak buat..
nak lari pun iye.. nak nangis pun ada gak..

lepas Cikgu Tan.. marah aku.. and nasihat
and gave the moral of that incident
to the whole class..
aku pun di bawa ke bilik guru.. kena basuh lagi..
lepas tu ke bilik rehat tu.. jumpa Marliana
dia terbaring.. sambil semua girls yang ada kat bilik tu
semuanya nengok aku macam nak kunyah aku je..
macam mak rimau nak lapah kancil.. hehe..

tetiba.. aku pun terdetik air mata sikit..
dan aku hulurkan tangan aku pada Marliana..
"Mar, sorry ye, aku tak sengaja.. sumpah..
aku tak tau yang kerusi tu ada orang punya.."

dia pun hulurkan tangan.. senyum sikit je..
mata dia merah tahan sakit..

tapi kengkawan girls dia yang lain..
masih pandang aku semacam..
nak-nak lagi.. kawan rapat dia.. Adibah dan Katrina
yang paling anti aku.. dah la pengawas...
semua pakai tie warna merah.. hehe..

lepas salam segala.. salam dia..
Adibah pun aku salam gak..
Guru Besar lak nak jumpa... aduss...
Cikgu Latiff... kereta datsun 120y.. warna gold...

aku memang selalu jumpa dia..
bukan pasal disiplin la..
pasal aku ni kan kuat sukan..
kapten bola sepak, takraw, badminton
ketua pengakap.. hehe...
tapi yang ni.. jumpa pasal kes gini lak..
anyway.. Guru Besar.. nasihat gitu gini..

tak lama lepas tu.. nampak gayanya..
Marliana ok je kot.. but.. sakit gak masih
cuma tak de yang teruk..
tak de yang patah ke apa ke..
legaaaaa...

apapun.. lepas turun bilik Guru Besar..
Cikgu Tan bawak aku masuk kelas balik..
next, lepas bagi ceramah itu ini..
kepada semua classmates yang lain..
aku pun kena jugak rupanya..
3 rotan.. public canning.. depan kelas..
ngan pembaris panjang sehasta tu
yang warna kuning tu.. aduss...
sakit tak la sangat.. malu je..

hmm... apapun.. lepas kejadian tu..
aku ngan Marliana ok je..
ngan Adibah pun.. hehe..

tapinya.. aku memang phobia..
kalau nak 'tarik' atau ambik kerusi..

hmm.... hehe...