Sunday, May 27

sayang mak

since pindah ke Taman Melati
since kami dah tiga beradik ni
mak ngan abah memang kena cari rezeki lebih

gaji abah time tu...
tak besar mana, tak kecik mana
boleh la pakai motor vespa
boleh la sekolahkan aku ngan angah
boleh la lepas makan-pakai kami sekeluarga

abah selalu tunjukkan
slip gaji bulanan dia kat aku
oleh sebab tu jugak, indirectly
(walaupun tak la reti mana nak nilai time tu)
aku paham jugak la tentang betapa susah nak cari duit ni

apapun..
mak mula berjimat cermat sikit
ye la kan.. now dah duduk rumah baru, rumah flet
besar space, besar keluarga, besarlah belanja

mak jugak mula buat bende sambilan
untuk bantu abah punya income
i.e. jual kuih, amik upah jaga anak jiran

bab jual kuih-muih ni
aku masih ingat.. betapa peritya
orang nak meniaga ni

malam sebelumnya.. dah kena prepare bahan-bahan
lepas subuh.. dah kena start gaul dan uli
by tengahari dah kena siap masak
by petang dah kena siap sepenuhnya

antara kuih yang mak buat
karipap, laksa, kuih boom, kuih badak berendam
pulut panggang, kuih cincin, kuih ketayap
dan ada beberapa lagi.. (aku tak ingat namanya..)

mak buat kuih je.. tak jual..
separuh kuih tu.. orang amik petang nya..
untuk jualkan kat kedai mereka
separuh lagi.. abah bawak pagi-pagi
untuk letak kat satu kantin sekolah dekat ngan opis abah
yang mana caterer kantin tu.. makcik aku (adik mak) gak..

yang tak syoknya.. aku kena tolong..
hehe.. antaranya..
golekkan kuih boom (golek bagi kena bijan)
letakkan lidi (untuk pulut panggang)
masukkan inti kelapa (dalam adunan badak berendam)
dan beberapa lagi le..

yang aku boring tu..
pukul 5.. member semua dah kiau
(kiau = panggil, dalam bahasa banjar)
untuk main bola sepak..
adusssss...

tak leh tinggal keje.. kesian kat mak...
but at the same time.. nak main bola ni..
iskkhhh..

so.. aku buat le cepat-cepat..
so.. quality control pun kurang
hehehe.. bijan kat kuih boom tak penuh
kekeke.. inti badak berendam tak balance
hahaha... lidi pulut panggang tak sama panjang

apapun.. selalunya Mak akan lepaskan aku..
by the time pukul 5.. or worst at 6 pm
or by the time member-member dah kiau
(hehe.. aku dulu terer main bola.. orang selalu cari..)

apapun..
terima kasih Mak..
terima kasih Abah..
terima kasih kerana ajar kami
tentang erti dan nilai cari rezeki

No comments: