Saturday, July 4

jejak bertapak

kenkadang..
sebab hujan or sebab sendiri yg basuh lambat
kasut sekolah, sampai malam tak kering lagi

and itu je la kasut satu
so, kena la jemur kasut tu belakang vending machine

time pukul 9pm letak, ada kasut kita je..
esok pagi bangun, 20 pasang ada kat situ

satu tips time tu nak kasik cepat kering lagi
letak surat khabar dalam kasut.. klasik!

kalau baju /seluar sekolah pulak
gantung kat kipas dalam bilik prep
kelajuan kipas kena betul..
takut nanti melayang lak..

selipar jepun atau sandal...
baru beli kat Pasar Raya Salwa
time keluar bandar tadi
tulis namaaa.. karang hilang karang..
hehehe

apapun, kalau tak sorok or letak pot yg bagus
bila pegi surau je... hmm, tiga hari je la riwayat
hari keempat, biru sebelah merah sebelah...
another klasik..

aaaaaaa...
ada satu lagi kisah..
pada empunya diri..
aku mintak maaf la..
ini just for the sake of memory...
sori bro..

begini.....
dulu.. masa form 1 form 2
kami ada sistem hantar dobi
so, semua orang boleh hantar
every monday and thurday rasanya
kumpul satu bundle
and sapa yang join
yuran asrama dia monthly lebih rm 10 kot

so, bagi mengelak baju hilang
apabila bundle tu dipulang kelak
sapa yang nak hantar
selalunya akan tulis nama pada pakaian tu
kalau kain pelikat or batik, senang la...
seluar pun senang lagi,
tulis nama sebelah dalam seluar

yang ceritanya.. baju sekolah...
selain tulis kat ujung baju,
or sides yg tersembunyi
biasanya kita tulis nama
kat belakang kolar baju tu..
but, yang sebelah dalam la...

sahabat ku NAIM
(ketua kelas 1 dalton,
yg kemudiannya digulingkan
blok D, dorm 1D1)
dia dah silapppppp

dia tulis sebelah luar kolar..
bukan kecik punya tulisan lak tu
and dia tak kira, dia pakai jugak baju tuuu
bayangggkannnnn... hari-hari...
dari jauh, dah nampak tulisan tu...

yang terakhir dalam siri ni
(dah panjang berjela dah ni)
kalau time bila mak PEDAL
hantar kuih/makanan untuk dia kat asrama
naik kereta toyota lama warna biru
plate kereta BAJ something

bila nampak je kereta ni sampai asrama...
'kaum kerabat' lain semua akan tunggu sama
menyorok kat bilik prep
nak 'cukai' la.. apa lagi..

bayangkan... ada satu kali tu...
kereta BAJ tu.. baruuuu je meninggalkan asrama
tak sempat lepas pun pagar pintu depan sekolah
yang jauhnya lebih kurang 500 meter
abisss dah makanan/buah/kuih
(yang sepatutnya untuk PEDAL sorang je)
dibaham dek kaum kerabat
yang dah lama dan tabah menunggu ni..

sesungguhnya...
ampun maaf dan mohon dihalalkan jua
aminn...

garpu maggi

masa kat asrama dulu..
paling naya and seksa
adalah bila nak balun makan maggi

kalau nak aman.. nak kenyang
kena la makan dalam locker...

berbekalkan lampu torchlight kecik..
(kengkadang tu dalam gelap)
tutup locker.. bayangkaannnn???
hehe...

tapinya.. macammana pun
akan kantoi jugak...
and akan kena cukai gak maggi tu
kantoi kalu.. sure bengkeeekkkk je muka...

sambung pasal maggi tadi,
tambah haru lagi, kengkadang tu
garpu takde, sudu takde...

nak pinjam member...
sure dia tau and suspect kita nak pelahap maggi

so, untuk mengelak kena cukai
pakai pen kilometrico dua batang
buat chopstik.. slurrpppppppp

Friday, July 3

pelik tapi benar

ada satu musim masa aku form 5...
kawan aku, MAT BO, gila dye baju..
abisss baju putih dia dye/print/lukis
macam-macam corak/design/pattern..

ada satu hari, masa spot-check pagi sabtu
cikgu Hakim (warden Blok C time tu)
bukak locker dia... tup-tup...
ada tiga helai je bende dalam locker dia
satu baju sekolah.. satu seluar sekolah
and satu baju t-shirt.. yang colour nya
entah, tak tau aku nak sebut colour apa..
pasal?? dah berapa kali kena dyed....

dorm 2C2.. diketuai (arwah) JONG PEDI
tiap kali dorm juniors buat bising je
wakil dorm tu.. akan dipanggil mengadap
and hukumannya adalah..
esok bila keluar bandar..
sila belikan majalah gila-gila, gelihati, etc
untuk dorm 2C2...

duit?..
sendiri mau ingat laaaa....
pandai pandai la korang kumpul antara ahli dorm tu...
ini adalah sempena menyahut sahutan
cikgu Osman bin Omar a.k. Cikgu OBO.. cikgu BM..
untuk pelajar amalkan budaya membaca...
kekeke