Wednesday, July 12

sahabat saudara

lama jugak aku membesar di kampung..
sampai la umur aku 6 tahun..
kami pindah KL..

sebelum tu.. 2 tahun aku joined tadika
ikut kawan-kawan aku yang lain
(which were mostly either pangkat sepupu or pak sedara)
sebab boring, time pagi-pagi..
member-member semua gi tadika
aku pun merengek selalu agaknya
so, abah masukkan aku ke tadika
join kawan-kawan sekampung aku tu..

tak banyak yang aku ingat
but.. still boleh terimbas..
wajah cikgu ani..
time rehat makan free
then lukis-lukis.. belajar abc
then main ting-ting.. main guli
main congkak atas tanah.. main lastik getah..
zaman early 80s.. mana ada video game and IT segala..
apatah lagi nak menyebutnya..

aku ingat.. selalu lepak rumah pakcik aku
lepas sekolah... nak balik rumah..
kengkadang mak aku tak sempat ambik aku

kengkadang mak ambik..
kalau pagi tu dia gi menoreh
dan lepas jual susu getah
kat Wak Toher
then, berbasikal la kami tengahari tu
balik umah..
tak jauh.. dalam 2 batu..
rempuh hutan celah ladang getah dan kelapa sawit

basikal besar (jenama jaguar rasanya) tu
banyak jasanya.. pada kami..
even we brought that bicycle to KL
dan akhirnya kami jual..

aku ingat.. satu hari
mak kayuh basikal tu..
dah nak sampai umah
tetiba mak dengar aku menjerit
tersepit ngan bilah tayar basikal tu
aku ingat sangat keadaan tu..
anyway.. parut lukanya..
masih ada kat kaki aku ni ha..

kalau mak tak datang tengahari
aku lepak ngan sepupu aku.. sampai petang
makan semua mak long siapkan.. no worries..

layan pancing ikan puyu kat parit
tak pun berkubang terus dalam parit tu
heheh..

(sekarang ni... parit tu dah tak dalam
dan keadaan nya bersemak.. banyak biawak..
tak macam dulu.. jernih.. bersih)

petang je nanti...
abah balik kerja..
aku tunggu bayang vespa putih dia tu
aku tunggu sambil lepak kat bangku
kat kedai pak long aku tu..

abah sampai dari pekan sg. buloh
tempat dia kerja..
agak lewat petang.. jauh oooii..

kengkadang.. abah belikan mainan untuk aku
and aku tau la.. bahawa minggu tu minggu baru dapat gaji..
heheh...

(mak kata.. aku ada seguni mainan kat rumah.. hehe
anak sulung la katakan.. )

aku tak berani lepak umah datuk..
tapi aku selalu usik nenek
time dia beli ikan ngan sayur kat kedai pak long

(umah sebelah je.. but 40 meter jaraknya)

bukan la datuk aku tu garang sangat..
but, dia memang tak banyak cakap..
dia selalu duduk atas kerusi rotan
kat anjung rumah dia tu..

(datuk ngan nenek panggil aku Ali
sebab susah nak sebut nama penuh aku kot
nama aku bukan la pelik sangat
perhaps, tang huruf D tu kot)

balik umah.. mandi air perigi..
ada ikan puyu dalam tu..
(petua orang tua nak halang orang pukau)

ada kolam kecik depan umah aku tu..
abah letak kura-kura dalam dia..
kalau nasib baik.. keluar la dia
dapat la 'layan' kura-kura..

depan umah aku..
pak sedara bapak aku duduk
dan sepupu bapak aku duduk sebelah..
jadinya.. kat kawasan kebun tu
ada la 3 keluarga bersaudara..

aku, Udin, Ehak...

No comments: