Tuesday, October 3

bila puasa

aku tak berapa ingat
bila exactly.. aku start berpuasa
bukan puasa yang yok.. tengahari bukak periuk
hehe..

tapi aku ingat
abah selalu bagi 'semangat'
supaya aku berpuasa
dengan bagi 'hadiah'
satu hari puasa.. dapat 1 ringgit
hehe..

itu la duit hadiah
itu la duit raya
itu la duit beli pakaian raya aku..

well.. 'cara' ni..
memang mujarab sebenarnya
disamping pujuk suruh puasa
dapat jugak tanam minat kumpul duit
sambil perasaan puas dan bangga
untuk aku sendiri.. dan abah jugak..

seingat aku..
'training' puasa.. dengan cuba puasa
separuh hari.. or to be exact.. pagi je
then.. try sampai tengahari.. then petang
akhirnya.. sampai penuh seharian..

time puasa ni..
apa pun yang mak masak
masa nak berbuka tu..
akan ku balun..
semuanya nampak sedap belaka

but.. my favourite.. are;
minuman - sirap, bandung, cincau
makanan - nasi ayam (of course.. hehe),
mee bandung, mee jawa

aduss...
rindunya aku nak makan mee jawa mak aku
bukan ada jual kat kedai oooiiii...

ada jugak orang lain try buat
and aku try makan
tapi.. pastinya.. tak sama..

ye la kan..
air tangan mak sendiri juga yang sedap

seingat aku jugak..
dulu.. mana la nak merasa
beli-beli barang untuk berbuka ni
semuanya masak sendiri

tapi.. mak 'pandai'

dulu.. ada budaya.. berbalas-balas mangkuk
so.. mak memang masak sedap
and.. mak masak makanan yang orang lain tak leh buat
plus.. mak memang selalu masak lebih
then.. bila time nak berbuka tu
selalunya.. mak akan beri salam pada jiran-jiran
or jiran-jiran bagi salam dulu
and bertukarlah mangkuk lauk-pauk / kuih-muih
di depan pintu atau di tepi pagar rumah

dapat lah jugak 'merasa'
lauk atau kuih lain
yang tak 'mampu' kami nak beli tu

anyway.. dulu pun.. tak macam sekarang
ada pasar malam yang jual pelbagai kuih

dulu memang susah nak jumpa kuih
yang jarang kita dengar

dulu kena balik kampung
baru dapat rasa kuih / lauk yang exotic ni

sekarang ni.. hmmm...
dah tak 'special' macam dulu..
hari-hari boleh dapat..
kat pasar malam atau kedai

apapun.. yang penting..
ibadah puasa tu..

No comments: